Sunday 19 March 2017

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak cerita pasal pengalaman ziarah Madinah pulak. Seperti yg kita semua maklum, Madinah adalah salah satu tempat yg harus dilawati selain Makkah. Di sinilah terletaknya Makam Rasulullah S.A.W dan sahabat2 baginda. 

Trip ke Madinah ni kami pegi dengan rakyat Malaysia yg lain. Rombongan KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) dengan menaiki bus ke Madinah. Program2 ziarah Madinah/Umrah  mmg selalu dianjurkan sekurang2nya sebulan sekali. Alhamdulillah, ada juga rakan2 di Jubail ni ambil inisiatif utk buat rombongan mcm ni, bkn apa..perjalanan jauh dengan menaiki kenderaan sendiri agak memenatkan. Dengan adanya program mcm ni, at least dapat juga simpan tenaga utk lakukan ibadat disamping mengeratkan silaturrahim. Tapi bkn la Free uolss, bayar la skitkan dalam SAR500/pax termasuk penginapan, makan dan minum 3x sehari. Mmg affordable sgt. Kos pegi sendiri mmg melebihi jumlah ni. 

16 Mac 2016 jam 6.30ptg bertolak dari Jubail. Sebuah bus dpt muatkan 25org. Seat pn selesa utk perjalanan jauh mcm ni. Sempat gak berkenalan dgn senior2 di Jubail. Alhamdulillah ada gak geng sebaya aku pn first time g rombongan mcm ni. Driver bus org Syria, tak pandai ckp omputih..tapi dlm rombongan kami ada srg Jordanian yg nak join ke Madinah, so dialah translator ktorg utk communicate gn driver bus. Maklumla semua dlm bus ni bkn fasih ckp Arab. Nak benti kencing ke ape ada la org tolong sampaikan.hehe

Dalam perjalanan tu most of us tdo je, yelah dh mlm mmg time tdo. Ada jgk yg borak2 nak hilangkan boring atas bus. Selain drp tu, takde benda pn boleh buat atas bus tu, nak tgk pemandangan kt luar tingkap takde apa yg boleh tgk pn, gelap je.. hihi. 

17/03/2016 jam lebh krg 9.30pg sampai la di Madinah. Singgah di Masjid Quba' dlu solat sunat. Korg Google la apa sejarah2 psl Masjid Quba' ni. Lepas abes solat, ktorg rushing nk check in hotel sbb nk dekat waktu solat Jumaat dah. Plan awalnya nk g ladang kurma, tp masa suntuk sgt, terus ke hotel je. 

Masjid Quba'

Sampai hotel, takleh check in lg lak, tggl je beg situ terus g Masjid Nabawi. Ramai betol org, tak dpt masuk dlm Masjid, kami solat di luar je beralaskan lantai marmar. Time ni aku n kwn sebaya tu dh berpecah dgn geng senior pompuan yg len. Nsb ada kwn, sbb aku lupa plak jln ke hotel..haha kalut2 td g masjid lupa dh landmark hotel. Padahal dkt je pn. Slalu bergantung harap dgb husband aku je, dia la yg amik tau bab2 jln ni.. google map aku selama ni.kahkahkah

Solat Jumaat, di perkarangan Masjid Nabawi


Lps solat jumaat, kami lunch di hotel gak seperti aku ckp kt atas td, makanan disediakan  dh termasuk dlm fee. Siap mkn sume, mestila nak masuk bilik nak rest n mandi sume. Seharian tak mandi weh.. Tp bilik belum bley check-in lg..lama gak tunggu. Aku dpt bilik, bilik still tak dikemas lg..hadoi. Dahla nak masuk Asar dah. Lastly, husband aku decide g solat dlu.

Bila bilik dh ready, dh siap mandi n rest aku ajak husband aku g cuci mata kt bazaar2 sekitar Madinah. Jeling2 gak mata aku tgk jubah..haha Tp jubah I dh byk, bazir beli. Tapi aku paksa gak husband aku bli jubah kt dia sehelai. Dia mana penah ada jubah, susah sgt nak pakai jubah.. tak syok la kan nak g solat nak pakai seluar JIN (jeans). Tawar2 dptla SAR50 sehelai jubah lelaki. Laki aku kalo tawar menawar dialah hebat. Then trus g masjid solat Maghrib n Isyak.

Balik solat, makan malam terus. Ahli rombongan ada ckp, kalo nak g Raudhah boleh pegi dgn Ustaz/Ustazah dr Indonesia. Tapi, geng rombongan akak2 senior ni nak g sendiri2 gn family je sbb diorg dh biasa. Bagi aku yg tak penah lg jejak kaki ke Raudhah tu mestila nak ada org teman tunjuk arah masuk.. Raudhah adalah "Taman Syurga" yg kekal di dunia. Makam Rasulullah ada di Raudhah di bawah kubah hijau yg besar, lokasinya paling kanan, diikuti makan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab seterusnya terdapat Mimbar Rasulullah. Raudhah salah satu tempat mustajab doa. Ramai org berhajat dpt masuk ke ruang Raudhah yg bersegi empat beralaskan KARPET HIJAU. 

karpet hijau menandakan kawasan Raudhah (Image Sumber Google)


Berbalik cite nak cr geng g Raudhah tu, ada sorg akak ni dtg ajak aku g sama2. Alhamdulillah, tanpa sedar Allah dh tolong aku dgn hantar Kak N. Teman sebaya tak dpt pegi sbb dia uzur time tu. So, aku dgn Kak N je pegi Masjid nak masuk Raudhah. Kak N ni org utara gak, byk cte dia kongsi gn aku, dh 6 tahun dh dia kt Jubail tu. Sronok aku borak gn dia. Sampai aku tak sedar husband aku duk blakang ikut gak teman g masjid. Hamboi, takut la tu Pak Arab ngorat Iolls, kahkahkah.

Cara masuk ke Raudhah bagi wanita adalah dengan mencari Gate 25. Dh jumpa tu, simpan kasut elok2 dkt rak disediakan (InsyaAllah tak hilang), masuk la menuju ke dalam masjid. Jalan ke ruang solat "tanpa kanak2" dan ikut je org jalan menuju ke dalam ruang menunggu di Raudhah. Nak masuk ke Raudhah bg wanita sgt terhad waktunya. Waktu yg panjang adalah selepas Isyak. Dh sampai ruang menunggu tu, dptla tgk jemaah2 dibahagikan mengikut kategori Melayu/Indonesia, Arab, Pakistan dsbnya. Kak N pesan, cubalah cilok selagi boleh sbb nak menunggu bknnnya sekejap. Berjam2 utk dpt masuk. Aku tgk Jemaah Indonesia/Malaysia (kenal sbb pakai telekung) masih ramai menunggu.

Nasib kami baik, dpt masuk ikut geng Turki. Yg tgh tunggu dpn pintu Raudhah. Almaklumlah kami berdua pakai jubah n tudung hitam, so ala2 arab gitu.. polis wanita yg jaga tak perasan sgt kami cilok ke depan. Skjp je pintu dh buka dan berasak2 geng Turki masuk. Time ni korg kena jaga adab jugak. Tolak menolak jerit menjerit tu perkara biasa dengan jemaah2 luar ni. Tenangkan hati semampunya, sbb kita di rumah Allah kan... Diorg tu, hmm biarlah mmg mcm tu agaknya cara diorg. Yg penting fizikal kena kuat tahan badan dr jatuh ye.. diorg kan besar2 badan nak banding kita yg Asian nih. 

Sebolehnya jalan lah kedepan sedikit demi sedikit, cari karpet hijau ye.. situlah ruang Raudhah. Aku ckp dkt Kak N sebelum masuk masjid lg, aku niat nak solat saf pertama dkt ruang Raudhah tu. Allah Maha Besar, aku akhirnya dpt jugak ruang solat saf pertama di Raudhah. Time ni air mata dah mengalir, terasa banyak sgt dosa2 aku. Di sini aku dpt solat sunat dan sujud yg lama, berdoa semahu-mahunya. Tenang mengerjakan solat, tak ada gangguan org melangkah tolak menolak sebagainya. Allah permudahkan urusan aku. Selepas selesai, azab pulak nak keluar dr kwsn Raudhah, tabahlah hati..hihi 

Sebelum keluar masjid, minum air zam zam nak lepaskan dahaga. Aku ucap terima kasih tak Terhingga dkt Kak N, sbb teman n jd penunjuk arah dkt aku, lps2 ni sngla aku nk ke sini lg. Sebelum tdo aku terfikir, Allah dh tunaikan hajat aku on the spot. Dalam erti kata lain, Allah dh perkenankan niat dan doa tak kira tempat dan waktu khusus dengan syarat Ikhlas dlm berdoa dan diberkehendakkan oleh Allah. "Kun Fa Ya Kun"  - jadilah, maka jadilah ia (Be, and it is).

Kami check-out keesokkan harinya dan bertolak balik pada jam 11 pagi dan sampai di Jubail pada hari ahad jam 2.30 pagi. 

Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *