Saturday, 14 May 2016

Apa Itu Iqama?

Apa Itu Iqama?

Iqama ialah residence permit untuk seseorang berada di KSA. Kalau kat Malaysia tu kira macam IC merah laa, penduduk tetap dengan izin, apply kat JPN, dapat kad pengenalan. Lebih kurang laa... So lepas visit visa ko tamat tempoh, kalo kena tangkap dengan polis, dapat rumah free laa korang (penjara) sampai sponsor ko setelkan. Passport tak laku lagi OK kat KSA ni. 



Sample/Contoh Iqama. Sumber:http://iqamacheck.com/what-is-an-iqama/


So apa specialnya Iqama ni?

Dengan ada Iqama, baru korang boleh:
1. Dapat beli nombor telefon tetap KSA. No telefon yang aku suruh ko beli kat airport aritu cuma sementara OK. Lepas 1 atau 2 atau maksimum 3 bulan, nombor tu akan automatik terminated. Nombor telefon tetap adalah wajib untuk semua orang (expat) yang bekerja, pasal kebanyakan website kerajaan dan banking akan memerlukan pengesahan nombor telefon.
2. Buka akaun bank di KSA (untuk gaji, online banking, transfer duit dsb). Siri akan datang.
3. Lesen memandu. Nanti kalau ada masa aku cerita pasal lesen pulak.
4. Mendaftar di Ministry of Internal (www.moi.gov.sa). Di sini ada pelbagai servis online untuk expatriate, antaranya memohon untuk travel visa keluarga, memohon exit reentry visa, check saman trafik dan sebagainya. Kira macam myeg kat Malaysia laa. 
5. Boleh jalan2 dalam KSA tak payah bawak passport lagi dah. 
6. Sewa rumah tahunan. Kalau pakai passport biasanya boleh sewa sebulan-sebulan, dan rate mahal sikit. Kadang2 penyewa langsung tak mau layan kalau pakai passport pun. So dengan Iqama, ko boleh nego untuk sewa rate lebih rendah untuk tempoh 6 atau 12 bulan.
7. Beli/sewa kereta motor dan kenderaan lain
8. Layak dapat rawatan percuma di hospital kerajaan (kawan aku bagitau, tak tau betul ke tak).
9. Lain2 fungsi yang aku tak explore lagi.

So senang cerita, Iqama ni kira kunci untuk ko memulakan dan meneruskan hidup di KSA. Tempoh sah Iqama ni selepas setahun, bermula selepas tempoh sah visit visa ko tamat. Ada berita menyatakan yang KSA akan menjadikan tempoh sah Iqama kepada 5 tahun (http://www.arabnews.com/featured/news/665091). Mintak2 lulus laa undang2 ni pasal menyusahkan ramai orang untuk renew kita punya Iqama setiap tahun.
*Update-dengar2 dah approve dan akan start untuk 5 tahun iqama (residence permit) ni start 15 October 2015 ni. Boleh google kalau nak tau.

Macam mana nak dapatkan Iqama ni?

Actually, proses mendapatkan Iqama ni bermula daripada ko jumpa imigresen kat airport aritu. Masa tu ko amik gambar kan? Muka tengah kusut masai sembam sebab tido lama kan? Hahaha, mabrook, muka tu laa yang akan dicetak dekat Iqama ko nanti. Hahahaha... Lepas tu masa 1st day tu ko buat medical check up kan? Tu pun salah satu requirement untuk dapatkan Iqama. Lepas tu ada form apetah kena isi masa hari report duty tu, dengan submission passport dengan Saudi visa tu, semua ada guna tu untuk Iqama ko.

Berapa lama nak dapatkan Iqama?

Proses yang lama sebenarnya apabila semua dokumen ready dengan HR ko, dia tak bawak pergi Pejabat Jawazat (MI bahagian passport). So yang ko kena kejar person in charge tu, hari2 tunjuk muka kat HR tanya bila nak dapat Iqama ko... Hahahaha... Bergantung kepada nasib dan kepantasan (kelambatan) HR ko tu buat kerja, tempoh nak dapatkan Iqama selepas ko melapor untuk berkerja antara seminggu hari bekerja hingga ke DUA BULAN!!! 

Untuk geng engineer pula, rule of thumb dia, tambah dalam seminggu (tapi kurang dari dua minggu) dari tempoh kawan2 ko yang bukan engineer dapat dia punya Iqama, sebab SCE requirement OK. Experience aku aritu, geng bukan engineer dapat Iqama pada awal minggu kedua selepas hari melapor bekerja, dan geng2 engineer dapat Iqama pada hujung minggu kedua hingga hujung minggu ketiga (aku dapat pada tengah minggu ketiga). So tu pasal aku suruh ko datang betul2 hujung bulan atau betul2 awal bulan, so lepas dapat Iqama tu, laju2 ko pergi ke bank dan bukak akaun bank untuk ko update ke HR dan terima 1st gaji ko deposit terus ke dalam bank.

(
Sumbangan http://reactix.blogspot.com/2015/08/dapatkan-iqama-get-iqama.html?view=flipcard)


2 comments:

Language and Manners: Comments which include offensive or inappropriate language, or considered by the blog owner to be rude and offensive, will be deleted. In the interest of fair play, no personal attacks are permitted in this blog's comments. You may question or argue the content, but not attack the blogger, nor any other commentators. Failure to respect fellow participants on this blog could result in removal and blocked access. Let's enjoy a personal and evocative conservation!

Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *