Showing posts with label Saudi Arabia. Show all posts
Showing posts with label Saudi Arabia. Show all posts

Sunday, 4 March 2018


Assalamualaikum.

Last weekend kami sekeluarga ke Kota Mekah untuk mengerjakan Umrah untuk kali yang...... maaf dh tak igt ke berapa kali. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk perform umrah kali ini. Biasanya bagi mereka yg tinggal di Arab Saudi, selalu akan buat umrah pada hujung minggu, dalam tempoh masa yg agak singkat juga berbanding mereka yang mengikuti pakej umrah seperti di Malaysia iaitu selama 10 hari. Kami bertolak dari Jubail pada hari Khamis, hari terakhir bekerja pada jam 7 petang selepas Maghrib. Perjalanan dari Jubail ke Mekah mengambil masa antara 13-15 jam. Sekarang ada selected highway yg dibenarkan memandu sehingga 140km/jam, mungkin masa perjalanan boleh disingkatkan berbanding had kelajuan 120km/jam sebelum ini. Memang sgt memenatkan, terutama bila hanya lelaki sahaja dibenarkan memandu di sini. Penumpang pun penat juga, dah tatau berapa kali dah tidur..hahaha

Sebelum sampai ke Taif, iaitu sebelum subuh..kami stop sekejap di tepi jalan, driver aka husband nak tidur. penat woi dari pukul 7.00 mlm hingga 3 pagi drive je. So, ambik masa lelap dalam 2 jam mcm tu. Kat sini tidur tepi highway atau pump station dh biasa dah. Mmg tidur nyenyak mcm atas katil, penat punya pasal. hihihi Lepas tu we all continue perjalanan dan berhenti solat subuh. Kami sampai di Taif untuk Miqat pada jam 9.15 pagi (Jumaat). Singgah dulu di Motel untuk bersihkan diri, rehat dan siap2 untuk pakai ihram. Di Taif iaitu sebelum sampai tempat Miqat ada banyak rumah2 istirehat, motel atau hotel boleh disewa mengikut jam. Ada pelbagai harga dan jenis bilik boleh anda pilih. Kami dikenakan caj SAR30/jam. Ada 2 bilik (1 bilik 3 katil & 1 bilik katil queen), small kitchen lengkap dengan mesin basuh, TV, Sofa dan yang penting tandas bersih (Ada 2 tandas).Tu wajib! Dah tak lalu dah iolls tgk toilet sepanjang perjalanan dari Jubail, hadoi boleh muntah hijau dibuatnya.Kahkahkah! 
tempat rehat sebelum Miqat. Affordable!
Dah siap mandi sunat ihram dan pakai ihram, kami teruskan perjalanan ke tempat Miqat iaitu di Miqat Qarn Al Manazil. Dalam 15 minit je dari tempat rehat kami. Bagi yg nak lg jimat, anda boleh terus je ke Miqat di sini untuk mandi dan pakai ihram seterusnya boleh solat sunat. Kat sini ada sedia bilik mandi untuk para jemaah. Yg pegi rombongan naik bas selalunya akan terus mandi dan salin pakaian ihram kat sini je. Ikut keselesaan masing-masing lah ye. 

Miqat Qarn Al Manazil
Dh selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Dari Taif ke Mekah mengambil masa dalam satu jam shj. Dalam kereta mulalah bertalbiah menuju ke rumah Allah. Waktu ni dalam pukul 10.30 pagi. Kami sampai di Mekah lebih kurang 11.30... Parking kereta di Kudai Parking dan ambil teksi untuk ke Hotel. Bayaran Teksi dar kudai parking ke Masjidil Haram dalam 15 riyal. Kalau korang kena more than that jgn lah ambil, cari  teksi lain je. Tak jauh mana pun nak ke masjid dan hotel2 sekitar situ, tapi disebabkan kereta takleh parking sesuka hati di area Masjidil Haram, kena jugalah parking di sini dan ambil teksi. Kami booked hotel thru booking.com. Niat nak cari hotel yg dekat dgn masjid, search punya search dptla hotel Al Seraya Al Eman SAR200/night. Jarak dalam 400-500m ke Masjidil Haram. Ok la tu dekat pn dekat. Nak lagi dekat 100m boleh je booking di Safwa Tower tu, budget hotel dalam 500++ riyal untuk 1 night. Macam tak berbaloi sgt bg kami sbb sekejap je pun stay kt situ dan byk masa habis di Masjid je. Ape salahnya jalan kaki lebih sikit kan untuk hotel yg jauh lg murah...hihi Dapat check-in awal dalam pukul 11.45pg, selalunya check-in pukul 4ptg! Alhamdulillah, staf hotel ckp org tak ramai time ni boleh la check-in awal. Then kami terus ke Masjid untuk solat Jumaat dulu then baru start buat Umrah. Biasalah org sgt ramai waktu solat Jumaat ni. 

Ramai sgt org time solat Jumaat


Dah selesai solat Jumaat, kami pun keluar dan cari pintu untuk ke laluan Kaabah. Ini disebabkan kerja-kerja pembesaran telaga zam-zam sedang dijalankan. Hanya jemaah yg berpakaian ihram sahaja dibenarkan masuk ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf. Wanita tak apa, bila-bila pun boleh masuk sbb baju ihram biasanya jubah dan telekung atau janji menutup aurat. Jemaah lelaki agak ketat sikit, yg mana bukan berpakaian ihram tidak dbenarkan langsung masuk ke kawasan dataran dekat Kaabah. Kalau nak buat tawaf sunat atau tawaf Wida'/Wada' yg lelaki pakailah kain ihram supaya boleh tawaf di dataran Kaabah, kalau tidak anda boleh la tawaf di tingkat 1 atau 2 Masjidil Haram. Memandangkan jam lebih kurang pukul 12 lebih, matahari pun dah betul2 atas kepala, tak ramai yg melakukan tawaf. Kami sekeluarga tawaf 7 pusingan ambil masa singkat sangat. Memang tawaf tak lama mcm sebelum ni. Orang pun tak bertolak-tolak sgt. Alhamdulillah. Kemudian sambung untuk buat Saei pulak. Lebih kurang pukul 2ptg selesai Umrah kami untuk kali ini. 

Berlari-lari anak diantara lampu hijau tu ketika saei'
Hilangkan dahaga minum air zam zam yg disediakan di sekitar tempat Saei'
Alhamdulillah selesai sudah Umrah, masa utk isi perut dulu.. dari Miqat tak mkn apa-apa lg. Target mestilah nak g restoran Malaysia D' Saji yg terletak di Safwa Clock Tower tu! Rindu nak makan masakan Malaysia. Ramai org tengah menjamu selera, tempat pun full semuanya. Kami makan nasi ayam, kari kambing.. Byk lauk dh abes katanya. Tp takpelah, dpt makan pun syukur sgt. Perut mmg dh lapar giler sampai lupa nak ambik gmbr makanan. haha Dh siap makan, tgk meja sebelah beli teh ais plak. Hadoi, teringin pulak iolls... kami pun beli jugak teh ais. Walaweh, nikmat dpt air sejuk. hahaha. Dh nak masuk waktu Asar, kami pun bergerak semula ke Masjid untuk menunaikan solat Asar. Seterusnya pulang ke hotel untuk mandi dan rehat sebelum kembali semula ke Masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Makan malam harus la beli ALBAIK. Mcm Kfc dan MCD tapi lagi sedap tau!. Korang patut try, sebab hanya ada di Mekah, Madinah, Taif dan Jeddah sahaja. Orang mmg ramai tak igt beratur nak beli Albaik!

sedap woo!
Esoknya iaitu hari Sabtu (Last day) selepas Solat Subuh, Kami terus ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf Wida'/Wada' atau Tawaf Selamat Tinggal. Ramai pulak org tawaf selepas subuh. Selesai tawaf kami cuba masuk ke Hijr Ismail, Sesak sgt org, bertolak-tolak bagai. dapat juga masuk dan berdoa di dalam Hijr Ismail.

Semoga dijemput lagi kesini.
Alhamdulillah. Selesai semuanya, kami bersiap-siap untuk bertolak balik ke Jubail. Sebelum tu singgah nak beli air zam-zam. Untuk makluman, bagi kami yg tinggal di sini, ada Iqama, mcm kad pengenalan jugaklah. Boleh terus ke kilang pengeluaran/pengedaran air zam zam untuk beli guna Iqama tersebut. Mcm jemaah Malaysia atau negara lain, mungkin pakej dah sediakan 1 botol air zam zam untuk di bawa balik.

Boleh google maps : KING ABDULLAH ZAM ZAM WATER DISTRIBUTION untuk ke tempat tersebut. Harus diingat, bagi pemegang iqama hanya dibenarkan untuk membeli 2 botol air zam zam 10 liter dengan harga SAR5 per botol. Kalau isteri anda under your iqama boleh belikan untuk isteri juga. So, air zam zam 10 liter x 4 botol. Air zam zam bukan boleh beli tiap hari. Ada limit uolls, tak silap saya selepas 15 hari baru boleh beli semula guna iqama yg sama. Bagi penduduk tempatan, tak ada had limit pun nak beli air zam zam. Sbb tu nmpk byk sgt dorg borong air zam zam. Untungnya...

Cara beli air zam zam guna Iqama:

  1. Dari kawasan parking, masuk pintu di sebelah kiri Pusat Pengedaran Air zam zam. Anda akan nampak ada bangunan disebelah kiri dan ada Sliding door hitam. Masuk ikut situ, untuk register Iqama (guna mesin kiosk) dan untuk buat bayaran di kaunter. 
  2. ATAU jika ramai orang, petugas akan minta anda terus ke kaunter yg ada palang-palang besi (macam gambar di bawah) untuk register dan buat bayaran. Igt ye, pemegang Iqama bukan warganegara Arab Saudi dilimitkan 2 botol per iqama sahaja. 

Kaunter  pendaftaran dan Bayaran

3. Anda akan diberikan resit yg ada maklumat seperti barcode dan nombor kaunter untuk ambil air zam zam. (contoh resit mcm di bawah). Bg yg tak pandai bahasa Arab. Apa yg anda perlu tgk adalah nombor kaunter untuk ambil air zam zam. Dalam kotak di resit tu ada tulis nombor DUA (2). Kaunter nombor 2 tulah patut dituju lepas buat bayaran. Jgn silap pulak, kalau pegi kaunter lain selain nombor ditulis dalam kotak tu..mmg air zam zam tak keluar ye... Scan barcode tak diterima kalau salah kaunter. hihi tgk betul2 nombor anda dapat.. sbb kt situ byk kaunter.

Tgk nombor dlm kotak di bawah tu. itu nombor kaunter utk ambil air zam zam
4. Ambil troli dan pegi terus ke tempat ambil air zam zam mengikut nombor seperti di tetapkan dalam resit tadi. Scan barcode yg ada diresit di mesin air zam zam. Dh siap scan, dia akan tulis 2 kt skrin..tu tanda 2 botol air zam zam akan anda terima. Kalau tulis 1, scan lagi skali.

kaunter-kaunter untuk ambil air zam zam

untuk kami, resit tulis nombor  2, so tujulah ke kaunter nombor 2

5. Dah dapat air zam-zam..boleh la balik...haha

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk menunaikan Umrah. InsyaAllah bulan Ramadhan dipertemukan lagi. Bagi anda di Malaysia yg sudah cukup kewangan silalah datang ke Mekah untuk menunaikan Umrah/Haji. DON'T SAVE HAJJ FOR OLD AGE! You don't know the date of your appointment with the angel of death....



Friday, 23 February 2018

Annyeong Haseyo or Hello everyone!

Today, I'd like to sit and sip, forget a little world a bit, ignore the things I have to do, and enjoy a cup  of coffee with my dearest husband 💗. Besides, it is Friday!

Well, I am not a coffee lover.. tapi, saje nak jalan2 hujung minggu ni. Dah lama tak pegi Dhahran Mall. Bukan nak shopping pun, ntah la takde apa aktiviti sgt nak buat kt rumah, ajaklah husband dating jap. Dulu time bercinta boleh dating, takkan dh kawin nak duk rumah je kot kan? hihi 

Located at Dhahran, the first outlet of Caffe Bene is right next to the Gate 10. Korean influence seems to grow stronger in Saudi Arabia. Now, I am here to check out its food menu! Similar to its franchises in Korea, Caffe Bene serves coffee made from the world's best seasonally harvested fresh coffee beans to ensure you enjoy a truly exceptional cup of coffee. Here it practices a order-and-pay-first concept, where diners can pick their favourites from the menu displayed on the wall at the counter. With its woodsy décor, ample sunlight, vines on the walls and cyan cushions, Caffe Bene is a cafe in a makeshift forest.
Santai je decor
The standard waiting time here is about 15-20 minutes, depending on the crowd. As soon as your food is ready, the rounded plate will light up and vibrate, indicating that you should head to the food collection counter.


Ni la benda bulat tu... well, ada VAT 5% (GST cm Malaysia gak) baru je mula baru-baru ni..hmm
We ordered Hot Latte, and 1 slice of Choco Peanut Butter Cake. The cake was too sweet (for me), tak rasa sgt pun peanut butter, more to caramel je. But, it just nice la dgn latte panas2 tu. Jangan bg anak-anak makan, nanti hyperactive lak terlebih gula. haha!


Hirup Hot Latte dgn makan cake di cuaca yg sejuk2 gitu.. nikmat
For me, suasana di Caffee Bene menarik jugak. I love the way they decor this place. Sgt cosy environment with vintage European style and décor dan boleh chit-chat lama2. Tak crowded sgt, tp customer lebih ramai and suka duduk kt open area dekat dgn kolam buatan di situ. Itupun bila musim dingin mcm skrg ni lah. So, susah sikit nak dapat tempat area situ. Musim panas berebut nak duduk dalam pulak. Begitulah keadaannya, macam-macam...hihi



FYI, selain teh, org Saudi suka minum kopi jgk... byk coffee shop kt mall, drive thru di sini. Semua nak sama je gn gn Mat Saleh. Kalau korang penah g Korea, keadaannya pun sama gak. Korean pun suka minum kopi. Budaya suka minum kopi dah di bawa oleh Amerika. hahahhaha

Boleh cuba datang dan rasa keenakan kopi di Caffee Bene ni.

Address: 

Caffee Bene Shop 
Mall of Dahran
No. E132A, Dhahran Street, Prince Faisal Bin Fahad Al Qishleh Intersection
Dhahran, 

Wassalam,

Thursday, 14 September 2017



Assalamualaikum.

We wish you a happy and blessed Eid ul-Adha. May Allah accept your good deeds.

Raya Haji kali ini kami sambut di Madinah, Arab Saudi sahaja (Sob,sob 😢). First time beraya tanpa ahli keluarga yang lain, sedih tu lain macam skit. Call parents pn takleh nak cakap lama, emosi tak stabil, haha.. Apatah lagi dgr suara abah yg sedih2 tu, hadoi berjujuran ayaq mata iolss dlm perjalanan tu. Konvoi 2 buah kereta dengan rakan Malaysia yg lain dan bermula lah perjalanan dari Jubail ke Madinah. Sampai Madinah dah nak masuk Maghrib, jalan mmg sgt sesak di Madinah ramai sgt org nak sambut raya di Madinah agaknya. Esoknya solat hari raya di Masjid Nabawi, Allahu mmg takleh nak solat kt dalam masjid, terpaksa solat di luar je, sbb ramainya manusia. Bukan sesak dgn jemaah haji, tapi org yg tak buat haji... Ramai tak terkata. Borak dgn pinoy sebelah masa abes solat, dia ckp kalini raya haji mmg ramai, tak mcm tahun2 sebelumnya. Dia pun agak terkejut jgk. Lps solat, we olls pun berangkat lah ke Madain Saleh yang agak jauh juga dari bandar Madinah, lebih kurang 3-4 jam perjalanan.

Sedikit Sejarah Ringkas Madain Saleh
Madain Saleh adalah sebuah kota bekas peninggalan umat Nabi Saleh, kaum Thamud di Al-Hijr. Pada tahun 2008, UNESCO's World Heritage Committee (WHC) bersetuju menyenaraikan Madain Saleh dalam World Heritage List (WHL). Oleh itu, Madain Saleh telah menjadi tapak arkeologi pertama di Arab Saudi yang disenaraikan dalam WHL. Madain Saleh is a Nabataen city which is hewed out of the rock, similar to the style of the famous PETRA which is located in Jordan. Mmg sama keadaan rupa bentuknya yg ada di Jordan tu.

Berdasarkan kisah di dalam al-Quran, ia dihuni oleh Kaum Tsamud yang terkenal dengan kemahiran mengukir dan memahat batu. Seperti Petra, kota itu dibangun dengan memahat gunung batu sehingga disebut al-Hijr. Kaum Tsamud yang mendiami al-Hijr diazab oleh Allah SWT dengan satu suara keras yang menggelegar hingga mati bergelimpangan di rumah-rumah mereka. Sebabnya, adalah kerana menolak seruan Nabi Saleh yang mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala. 

Peristiwa ini diabadikan Al-Quran dalam Surat Al A’raf. “Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih.” “Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.” (QS: Al A’raf [7]: 73-74)

Allah berfirman: “Dan demi sesungguhnya penduduk ‘al-Hijr’ (Mada’in Salih) telah mendustakan para Rasul. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (daripada sesuatu bahaya). Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun,” (al-Hijr [15:80-84]).

Adab ketika melawat Tempat-Tempat yang pernah ditimpakan azab oleh Allah SWT. 

Saya masih ingat ceramah daripada seorang ustaz bahawa, sesiapa yang memasuki kawasan atau tempat yang pernah dilaknat dan diazab oleh Allah SWT hendaklah dalam keadaan menginsafi diri dan bukanlah dalam keadaan seronok, kagum dengan peninggalan umat terdahulu yang tidak mentaati perintah Allah.

Sabda Rasulullah SAW: “Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” - Sahih Bukhari dan Muslim. 

Mengapa perlu menangis ketika melalui tempat sebegini? Tangisan biasanya muncul ketika sedih, takut atau gembira. Arahan Nabi dalam hadis tersebut ada makna tersirat yang wajib difahami iaitu perlu berfikir dan mengambil pengajaran daripada musibah yang menimpa kaum tersebut. 


Memasuki Madain Saleh

Nak masuk Madain Saleh boleh bawak kereta sendiri atau menggunakan tour yang disediakan. Tapi nak beratur ikut tour tu jenuh jgk nak menunggu turn. So, cara lain adalah bawa masuk kereta sendiri je. Jalan masuk untuk melawat tiada masalah pun, elok je jalan dia.. lagipun jarak untuk tgk setiap senibina atau peninggalan Kaum Tsamud tu agak jauh skit. Berbaloi lah naik kereta sendiri, nak berenti lama mana pun ok je.

Pemandangan sekitar Madain Saleh
bukit dan gunung dipahat oleh Kaum Tsamud untuk dijadikan rumah atau tempat berhala/kuil
Kaum Tsamud ni mmg terkenal dengan kelebihan memahat batu, mengukir berhala bagai. Tak terbayang dek fikiran mereka boleh membina rumah dari gunung atau bukit batu mcm dalam gambar atas tu sebagai tempat tinggal mereka. Kalau masuk di dalam, diorg siap buat bilik2 lagi. Sekali tgk mcm diorg plaster dinding pun ada sbb licin sgt kejadiannya. Semua rumah2 ni dipahat tinggi2. Kena memanjat jugaklah nak masuk ke dalam.

Ada juga kubur2 lama di dalam rumah-rumah tu. Mula-mula tu iolls tertanya-tanya juga pe benda lubang petak dalam 4-5 lubang (macam saiz kubur) kt dalam rumah tu. Then husband ckp, kubur ni.... hadoi, seram jugak I, terus lari keluar...hahaha

besar sangat rumah2 kaum tsamud ni ukir
Tgklah mereka ukir dan pahat bukit sebesar tu 

Kegentaran hati melihat kesan kemusnahan mereka boleh mendatangkan tangisan keinsafan. Ia yang timbul setelah melihat kesan sejarah dengan mata kepala pastinya lebih membekas pada jiwa, bak kata pepatah Inggeris “seeing is believing.” 

Kami sekeluarga telah membincangkan perkara ini dan niat kami ke sana adalah kerana tempat ini ada disebut dalam Al Quran dan melawat ke sini adalah sebagai mengingati kekuasaan Allah SWT, merenungkan akhir perjalanan orang-orang terdahulu dengan mengambil pelajaran dan peringatan agar kita tidak mengingkari segala perintahNya. Ini disamping kemestian kita untuk sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT walau di mana pun kami berada, seperti ketika kita melihat keindahan ciptaanNya setiap hari. Semoga Allah SWT mengampunkan kami jika kami telah melakukan kesalahan.


Mudahnya, sejarah umat lampau wajib diambil iktibar. Jika mereka soleh gemilang maka rahsia mereka wajib dihadamkan dan diubah suai mengikut situasi zaman. Jika mereka jahat dan hina maka sikap mereka wajib dijauhi. 
Ambil peluang ziarah itu untuk mengukuhkan jiwa dan iman kepada kebenaran agama Allah.
Pergilah melancong! Ia mampu membuka mata hati dan menjadi bank pahala jika diisi dengan pengisian yang betul. InsyaAllah...

Wassalam
LocationAl Madinah Region, Al-Hejaz, Saudi Arabia
Inscription2008 (32nd Session)


Drive up ATM machine? In Saudi Arabia? Really? That is my reaction when I heard it from my husband. Igt McD, KFC je ada drive thru, ATM pn ada lah..hahaha

Biasalah jakun skit, kat Malaysia mcm tak pernah jumpa lak Drive up ATM. Drive up ATM ni available everywhere in Saudi. Pada pendapat aku, agak convenient jgk cara ni, memudahkan pengguna terutamanya.

Why Malaysia tak ada drive up ATM ni? Kenapa kt Arab Saudi bank diorg bleh buat pulak? Meh kita bincang.. ewah

1. Safety/Keselamatanh
Bukan aku nak ckp kt Arab Saudi sume baik2, tak ada pencuri.. Tapi, kat sini mungkin kurang berlaku perkara2 tersebut, kalau ada pun sebilangan kecil shj.. (banyak penipu je..kahkahkah). Maklumla, hukuman mencuri berat kat Saudi niAgaknya nak mencuri pun takut. So, you can stay in the safety of your car whilst getting cash out of the machine. Di Malaysia, sedangkan di ATM kiosk biasa pun boleh dirompak, ni pulak drive up ATM. Kegiatan merompak di ATM di selalu sgt kita dengar kt Malaysia. Lagi sekali nak highlight, bukan semua org Malaysia keje mencuri/merompak.. sebilangan shj dgn faktor ekonomi kita skrg, benda2 mcm ni byk berlaku. Kalau bank kt Malaysia buat ATM drive thru nih, tak ke sng nak merompak? Bila duit keluar je, terus sambar, yg ko plak, terkial2 nak bukak pintu kereta nak kejar.. nak pulak sempit nak keluar kereta sbb parking dekat sgt gn ATM drive thru tuh..kahkahkah. just my 2 cents.

2. Kids/Children
Bila ada drive up  ATM, parents tak perlu la nak bwk anak2 sekali nak keluarkan duit.. ko bayangkan, org Arab ni meriah keluarga diorg.. anak 5 6 org kecik2 bwk join skali kuar duit.. macam2 perangai ada, so agak menyusahkan parents jgk. dah ada ni, you don't need to leave your kids in the car while running to the ATM. Di Malaysia, keluarga tak berapa besar sgt, so setakat dukung anak srg kuar duit tak ada masalah.. Just my 2 cents.

3. Simply Drive in and Drive Out
Org Arab ni perangai nak cepat je..aku tatau la apa yg diorg terkejar sgt. Sbb tu bwk kete laju kemain lg. Bila dah ada drive up ATM ni, tayah nak cari parking bagai. Jimat masa dan tenaga. Drive up ATM pun banyak, tak ambik masa lama pun nak keluar duit. Tak perlu beratur panjang dan potong barisan (ko igt takde?). Tak perlu parking dan block kereta org..hahaha Orang Saudi ni suka sgt block2 kereta org kalo dia cr parking tak jumpa. Kalau dia ada tinggal nombor nasib baiklah, kalau jenis tak ada kesedaran sivik.. menangis lah ko! hahaha

4. Cuaca/Weather
Di Arab Saudi ni panas sangat.. sampai boleh cecah 50 degree... Bila nak keluar kereta tu membahang sgt rasa. berpeluh walau sekejap je jln kt luar.. bila dan masuk kereta peluh pun ambik masa nak kering.. oleh sebab itu, drive up atm machine mcm membantu kami2 di saudi ni menangani cuaca kt sini. hulur tangan, tekan2 no pin skit, ambik duit, masuk gear dan gerak.. peluh kat tangan pun xsempat nak keluar..kahkahkah. Malaysia apa ada hal, panas pun  tak tinggi. Bagus cuaca di Malaysia, so jgn nak komplen2 panas.. ucaplah Alhamdulillah.. hihi

Ini adalah personal opinion sahaja... melalui pengalaman diri sendiri. Jangan nak kecam tak tentu hala pulak.. hahaha

Nampak tu, tgh tgk baki duit..hahaha


Friday, 4 August 2017

Selamat petang!


After Solat Jumaat, we go to Dhahran Mall to grab world famous cheese cake, Uncle Tetsu’s Japanese Cheesecake, which has just landed in the city. Kena pegi awal, Ever since Uncle Tetsu's opened in last month, I had been hearing lots about this Japanese cheesecake shop and how there are always, continuously, constantly, and regular long line-ups in which to buy their infamous Japanese cheesecakes. 

Lines-up punya pnjg masa awal2 pembukaan @ Dhahran Mall
Dah sampai Dhahran Mall, tgk dekat Uncle Tetsu's shop tak ramai org lg. Masuk je kedai, dah bau dah cheesecake, sedap sangat baunya. So, cepat2 grab one box dan bayar. They only make about a dozen cheesecakes in 15 minutes (depending on if all of them pass their quality test) and thus have the long-standing rule that each customer in line can only buy two cheesecakes at a time.  

Packaging pun menarik tertarik 

Dah dapat cheesecake trus ajak husband balik..haha Dhahran Mall tu dahla satu jam dari Jubail. Beli tak sampai 10 minit dah ajak balik..sbnrnya tak sabar nak makan cheesecake tu. Tapi pusing sekejap dalam mall, then pegi coffee shop beli hot chocolate. Igt nak makan cheesecake dalam kete sambil hirup hot chocolate...mat saleh gitu. 

On the way back home, we tried the cheesecake. Ahh!  I was excited.  It was 6 inch of cheesecake and a little on the small size (when you compare it to normal-sized cakes). Kecik jgk, harga boleh tahan.  At SAR29 for a 6" cheesecake, it's pretty light on the pocket. It was really soft when cutting itThe texture of it is  very, very soft and fluffy also not very cheesy at all.  It was a bit smooth and I could definitely taste the quality in the cake. Now I could see what people mean when they say that Uncle Tetsu’s cheesecake is very light and fluffy - tasted like a cloud!

Fluffy, Syok nak potong2. haha
Sekali sekala nak merasa. Kat Malaysia ada jugak, tapi tak pernah pegi pn. Harini sbb teringin nak mkn cheesecake. 

Uncle Tetsu's Shop at Dhahran Mall  | Open Hours: 9AM-11PM

Saturday, 15 April 2017

Kenapa tembikai? ohh, saje nak story skit psl buah ni.. Sebab nampak org Arab jual tembikai tepi jalan. Musim tembikai agaknya.. Jangan igt kami kat sini makan buah kurma je tau.. Macam2 buah ada kt Arab Saudi ni, ada yg import dan ada juga buah tempatan.



Selalu dalam pasaraya, tembikai (bahasa arab Al-Battikh) harga dalam SAR1.20 per kg. Besar2 tembikai kat Arab Saudi ni compare to Malaysia Watermelon. Tetiba arini nampak Pak2 Arab duk jual tembikai tepi2 jalan, agak menarik perhatian skit.. sedap ni pekena juice tembikai..haha

Maka, rezeki nak makan tembikai harini... on the way balik dari berjalan-jalan, nampak deretan gerai tembikai, so pilih gerai hujung sekali. Nampak peniaga tu tgh duk relax goyang kaki berjemur tu, we olls nak try rasa tembikai dia..hahaha

Husband yg turun sorg duk tanya-tanya dia pasal tembikai tu.. yg isteri dia duk dalam kete je lah.. Nak ckp Arab tak reti, baik duk diam dalam kete, memerhati lebih baik..hiihi. Dah pesan awal2, beli sebiji je dlu.. sbb tgk besar ngat tembikai tu.. dah abes diorg tawar-menawar, husband pn bwk masuk kete. 15 riyal harganya.  Ohh ya, kat sini kalo beli buah2 tepi jalan ni jrg diorg ltk dalam beg plastik, so husband aku angkut la tembikai sebiji besar tu tanpa beg..naya jugak kalo beli 2 3 biji. jenuh nak angkat. Aku tgk org2 arab kalo beli buah kecik2, diorg beli sedozen terus..sng la buah tu dh ltk dlm kotak kan..ni kalo beli 4 5 biji buah kecik2 tu, xdenye nak ltk dlm beg plastik...ltk dlm kereta mau tergolek sana sini.

gerai jual buah
Rasa buah tembikai ni mmg manis gilos... lain skit dr msia.. sedap betul. puas hati makan. thumbs up!




Sunday, 19 March 2017

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak cerita pasal pengalaman ziarah Madinah pulak. Seperti yg kita semua maklum, Madinah adalah salah satu tempat yg harus dilawati selain Makkah. Di sinilah terletaknya Makam Rasulullah S.A.W dan sahabat2 baginda. 

Trip ke Madinah ni kami pegi dengan rakyat Malaysia yg lain. Rombongan KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) dengan menaiki bus ke Madinah. Program2 ziarah Madinah/Umrah  mmg selalu dianjurkan sekurang2nya sebulan sekali. Alhamdulillah, ada juga rakan2 di Jubail ni ambil inisiatif utk buat rombongan mcm ni, bkn apa..perjalanan jauh dengan menaiki kenderaan sendiri agak memenatkan. Dengan adanya program mcm ni, at least dapat juga simpan tenaga utk lakukan ibadat disamping mengeratkan silaturrahim. Tapi bkn la Free uolss, bayar la skitkan dalam SAR500/pax termasuk penginapan, makan dan minum 3x sehari. Mmg affordable sgt. Kos pegi sendiri mmg melebihi jumlah ni. 

16 Mac 2016 jam 6.30ptg bertolak dari Jubail. Sebuah bus dpt muatkan 25org. Seat pn selesa utk perjalanan jauh mcm ni. Sempat gak berkenalan dgn senior2 di Jubail. Alhamdulillah ada gak geng sebaya aku pn first time g rombongan mcm ni. Driver bus org Syria, tak pandai ckp omputih..tapi dlm rombongan kami ada srg Jordanian yg nak join ke Madinah, so dialah translator ktorg utk communicate gn driver bus. Maklumla semua dlm bus ni bkn fasih ckp Arab. Nak benti kencing ke ape ada la org tolong sampaikan.hehe

Dalam perjalanan tu most of us tdo je, yelah dh mlm mmg time tdo. Ada jgk yg borak2 nak hilangkan boring atas bus. Selain drp tu, takde benda pn boleh buat atas bus tu, nak tgk pemandangan kt luar tingkap takde apa yg boleh tgk pn, gelap je.. hihi. 

17/03/2016 jam lebh krg 9.30pg sampai la di Madinah. Singgah di Masjid Quba' dlu solat sunat. Korg Google la apa sejarah2 psl Masjid Quba' ni. Lepas abes solat, ktorg rushing nk check in hotel sbb nk dekat waktu solat Jumaat dah. Plan awalnya nk g ladang kurma, tp masa suntuk sgt, terus ke hotel je. 

Masjid Quba'

Sampai hotel, takleh check in lg lak, tggl je beg situ terus g Masjid Nabawi. Ramai betol org, tak dpt masuk dlm Masjid, kami solat di luar je beralaskan lantai marmar. Time ni aku n kwn sebaya tu dh berpecah dgn geng senior pompuan yg len. Nsb ada kwn, sbb aku lupa plak jln ke hotel..haha kalut2 td g masjid lupa dh landmark hotel. Padahal dkt je pn. Slalu bergantung harap dgb husband aku je, dia la yg amik tau bab2 jln ni.. google map aku selama ni.kahkahkah

Solat Jumaat, di perkarangan Masjid Nabawi


Lps solat jumaat, kami lunch di hotel gak seperti aku ckp kt atas td, makanan disediakan  dh termasuk dlm fee. Siap mkn sume, mestila nak masuk bilik nak rest n mandi sume. Seharian tak mandi weh.. Tp bilik belum bley check-in lg..lama gak tunggu. Aku dpt bilik, bilik still tak dikemas lg..hadoi. Dahla nak masuk Asar dah. Lastly, husband aku decide g solat dlu.

Bila bilik dh ready, dh siap mandi n rest aku ajak husband aku g cuci mata kt bazaar2 sekitar Madinah. Jeling2 gak mata aku tgk jubah..haha Tp jubah I dh byk, bazir beli. Tapi aku paksa gak husband aku bli jubah kt dia sehelai. Dia mana penah ada jubah, susah sgt nak pakai jubah.. tak syok la kan nak g solat nak pakai seluar JIN (jeans). Tawar2 dptla SAR50 sehelai jubah lelaki. Laki aku kalo tawar menawar dialah hebat. Then trus g masjid solat Maghrib n Isyak.

Balik solat, makan malam terus. Ahli rombongan ada ckp, kalo nak g Raudhah boleh pegi dgn Ustaz/Ustazah dr Indonesia. Tapi, geng rombongan akak2 senior ni nak g sendiri2 gn family je sbb diorg dh biasa. Bagi aku yg tak penah lg jejak kaki ke Raudhah tu mestila nak ada org teman tunjuk arah masuk.. Raudhah adalah "Taman Syurga" yg kekal di dunia. Makam Rasulullah ada di Raudhah di bawah kubah hijau yg besar, lokasinya paling kanan, diikuti makan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab seterusnya terdapat Mimbar Rasulullah. Raudhah salah satu tempat mustajab doa. Ramai org berhajat dpt masuk ke ruang Raudhah yg bersegi empat beralaskan KARPET HIJAU. 

karpet hijau menandakan kawasan Raudhah (Image Sumber Google)


Berbalik cite nak cr geng g Raudhah tu, ada sorg akak ni dtg ajak aku g sama2. Alhamdulillah, tanpa sedar Allah dh tolong aku dgn hantar Kak N. Teman sebaya tak dpt pegi sbb dia uzur time tu. So, aku dgn Kak N je pegi Masjid nak masuk Raudhah. Kak N ni org utara gak, byk cte dia kongsi gn aku, dh 6 tahun dh dia kt Jubail tu. Sronok aku borak gn dia. Sampai aku tak sedar husband aku duk blakang ikut gak teman g masjid. Hamboi, takut la tu Pak Arab ngorat Iolls, kahkahkah.

Cara masuk ke Raudhah bagi wanita adalah dengan mencari Gate 25. Dh jumpa tu, simpan kasut elok2 dkt rak disediakan (InsyaAllah tak hilang), masuk la menuju ke dalam masjid. Jalan ke ruang solat "tanpa kanak2" dan ikut je org jalan menuju ke dalam ruang menunggu di Raudhah. Nak masuk ke Raudhah bg wanita sgt terhad waktunya. Waktu yg panjang adalah selepas Isyak. Dh sampai ruang menunggu tu, dptla tgk jemaah2 dibahagikan mengikut kategori Melayu/Indonesia, Arab, Pakistan dsbnya. Kak N pesan, cubalah cilok selagi boleh sbb nak menunggu bknnnya sekejap. Berjam2 utk dpt masuk. Aku tgk Jemaah Indonesia/Malaysia (kenal sbb pakai telekung) masih ramai menunggu.

Nasib kami baik, dpt masuk ikut geng Turki. Yg tgh tunggu dpn pintu Raudhah. Almaklumlah kami berdua pakai jubah n tudung hitam, so ala2 arab gitu.. polis wanita yg jaga tak perasan sgt kami cilok ke depan. Skjp je pintu dh buka dan berasak2 geng Turki masuk. Time ni korg kena jaga adab jugak. Tolak menolak jerit menjerit tu perkara biasa dengan jemaah2 luar ni. Tenangkan hati semampunya, sbb kita di rumah Allah kan... Diorg tu, hmm biarlah mmg mcm tu agaknya cara diorg. Yg penting fizikal kena kuat tahan badan dr jatuh ye.. diorg kan besar2 badan nak banding kita yg Asian nih. 

Sebolehnya jalan lah kedepan sedikit demi sedikit, cari karpet hijau ye.. situlah ruang Raudhah. Aku ckp dkt Kak N sebelum masuk masjid lg, aku niat nak solat saf pertama dkt ruang Raudhah tu. Allah Maha Besar, aku akhirnya dpt jugak ruang solat saf pertama di Raudhah. Time ni air mata dah mengalir, terasa banyak sgt dosa2 aku. Di sini aku dpt solat sunat dan sujud yg lama, berdoa semahu-mahunya. Tenang mengerjakan solat, tak ada gangguan org melangkah tolak menolak sebagainya. Allah permudahkan urusan aku. Selepas selesai, azab pulak nak keluar dr kwsn Raudhah, tabahlah hati..hihi 

Sebelum keluar masjid, minum air zam zam nak lepaskan dahaga. Aku ucap terima kasih tak Terhingga dkt Kak N, sbb teman n jd penunjuk arah dkt aku, lps2 ni sngla aku nk ke sini lg. Sebelum tdo aku terfikir, Allah dh tunaikan hajat aku on the spot. Dalam erti kata lain, Allah dh perkenankan niat dan doa tak kira tempat dan waktu khusus dengan syarat Ikhlas dlm berdoa dan diberkehendakkan oleh Allah. "Kun Fa Ya Kun"  - jadilah, maka jadilah ia (Be, and it is).

Kami check-out keesokkan harinya dan bertolak balik pada jam 11 pagi dan sampai di Jubail pada hari ahad jam 2.30 pagi. 

Saturday, 25 February 2017

Assalamualaikum,




Harini nak bercerita mengenai aktiviti di Jubail, Arab Saudi yang dianjurkan oleh Kelab Rakyat Malaysia di Jubail (KRMJ). Pada 24 Februari 2017, KRMJ telah mengadakan Malaysia Festival di Sadaf Beach Camp A&B. Maka ramailah rakyat-rakyat Malaysia yang berada di Jubail, Dammam, Khobar dan paling jauh di Riyadh pun datang ke sini untuk sama-sama memeriahkan majlis. Memang banyak aktiviti telah dirancang dan dijalankan sempena Malaysia Festival kali ini. Antaranya, aktiviti jualan di mana para isteri menunjukkan skill masakan dan berniaga. Macam-macam juadah ada dijual di sini. Sedikit sebanyak rindu aku terhadap masakan Malaysia dah terubat. Dekat sini boleh beli macam2, nak nasi dagang, mee goreng, karipap, pulut kuning, teh tarik, murtabak dan banyak lagi semua boleh beli di Malaysia Fest, tunggu sedia duit je. Boleh tahan la harganya.. 

Pagi2 lagi aku dan husband bersiap, semangat nak pegi takut makanan habes.hahah Org ckp, kalo pegi lambat, hi hi bye bye la jawabnya, mmg laku dan cepat habes makanan dijual. Yang tinggal sukaneka dan cabutan bertuah je la..haha. Untung kali ni Malaysia Fest masih dalam iklim sejuk. Alhamdulillah, bersesak ramai2 org ni takde la berpeluh bagai. Angin boleh tahan kuat jugak. Sampai2 kt Sadaf Beach Camp, mmg ramai betul org, kami pusing2 dulu tengok gerai yg jual. Pusingan ke-2 baru membeli. hehe 

Aku dah nampak nasi daging ayaq asam Utara..terliuq beb.. Dapat beli 1... husband aku nak makan nasi ayam katanya. Cari tempat duduk nak breakfast dlu.. sambil2 mata duk tgk org beratur dekat nasi kerabu. Panjang betul barisan.. Mungkin sedap agaknya. Ramai memborong 5-6 bekas.. aku dah aim nak mkn nasi kerabu lak pasni, tp sakit gakla nak beratur, tp serius laku gerai nih. Periuk pun bkn main besar lg.. harap sempat la membeli dan merasa. 

Nasi Daging Ayaq Asam..Kedah Mari

Nampak tu org beratur nak beli nasi kerabu

Selain makanan, sukaneka untuk anak2 dan bapak2 ada juga. Laki aku masuk timbang bola takraw..sapa timbang paling banyak menang la hadiah.. Tapi, semua tu org tak hirau sangat.. Yang paling semua org excited cabutan bertuah okeh.. Kami laki bini sanggup tunggu sampai habeh majlis, punya la nak dapat hadiah cabutan bertuah..hahahha Nampak tak semangat tu?

Dalam pukul 4ptg mcm tu, acara yg dinanti-nantikan ramai pn tiba. Semua berkumpul di perkarangan stage sambil mata duk jeling hadiah byk2 atas tu. Hahaha boleh tahan byk hadiah cabutan bertuah tu. Tapi yg plg syok harus hadiah no. 1-3. Semua org berharap sgt dgn hadiah2 nih. Sbb apa? Lumayan uolls,
No.1 - Pakej haji pada tahun 2017 utk seorang.  
No.2- Pakej Percutian 5D4N ke MOROCCO utk 2 orang. 
No.3 - Pakej Umrah untuk seorang.

Menarikkan hadiah utama ni? Semua org pandang hadiah ke MOROCCO tu je..hahaha Aku pn berharap la jgk, untung2 dpt g melancong..jimat duit.hihi 
Hadiah2 lain mcm biasalah, seperti cabutan bertuah yg slalu kita tgk.

Upacara Penyampaian Hadiah

Oh ya, sebelum umum hadiah cabutan bertuah, diorg umum pemenang bagi acara sukaneka, gerai tercantik dan pemenang poster Malaysia Festival terbaik. Alhamdulillah, kami suami isteri dapat tempat Pertama dan Kedua bagi pertandingan design poster. Haha. Tak sangka la boleh menang. Menurut AJK pemilihan, poster aku menepati tema dan sgt creative. So, diorg pilih poster aku sbg pemenang. Tp, husband aku la yg pegi ambik hadiah No. 1 tu.. sbb aku ltk nama dia utk poster terbaik tu.  aku ambik hadiah utk No 2. Padahal dua2 poster tu aku yg design. Hahaha
Nmpk tak poster kt atas sekali tu?? Tu la design yg menang no. 1.. cantik tak? Hihihi. Aku bangga jgk sbb poster2 tu la diorg buat backdrop kt stage dan iklan2 kt media sosial lain berkenaan Malaysia Fest ni. Tak dpt tunjuk bakat masak, tunjuk je la bakat kaler2 ni. Hahaha

Sebenarnya aku saja2 la nak masuk pertandingan ni, diorg open utk semua rakyat Malaysia  sebulan sebelum event berlangsung. Alang2 xde buat apa kt rumah, aku pn asah la bakat terpendam mendesign poster nih.  Korang boleh tgk Entry design poster di sini.    

Hadiah apa ktorg dpt? Dua2 hadiah tu adalah Juice Maker. Minum juice la kami tiap ari. Haha..Alhamdulillah

Hadiah Pertandingan Poster.
Hadiah cabutan bertuah tu tak dpt langsung pn, kiranya tak bertuah sgt la ktorg aritu. Kepada yg bertuah, tahniah.. Rezeki mereka. Dh selesai cabutan bertuah, majlis pn melabuhkan tirai.. Balik rumah, sambung makan lg.. haha



Saturday, 10 December 2016

Hi everyone!,

Any Chocolate lover here?? I'm not a super chocolate freak but still I love chocolate lol! Lately, I was craving for some chocolate goodness and I'm mentioned dip 'n dip to my husband. I've heard so many good things about this place, so I gave it a go!.

As I walked in Dip N Dip’s outlet at Dhahran Mall, I was extremely surprised with the number of diners already there. It was barely 5 in the afternoon and yet, it was already very busy and packed. For a shop which only offers desserts and some drinks on their menu, it’s extraordinarily busy. There were only about 5 tables available when we arrived and by the time we sat down and ordered our dishes, there was a line of people waiting by the door to be seated.

As we browsed through their menu, it was quite hard for me to decide which one I’d order as I’m not really a dessert enthusiast. Good thing , the person in charge at Dip N Dip came to our rescue and recommended a few of their popular dishes to try. We trusted his recommendations and left our fate in his hands. As they were preparing the dishes, a waiter brought our drinks – water, and hot chocolate (for me). 





After a few minutes, the dishes were finally brought to our table in all its chocolatey glory. We had brownies crepe This dish is made of brownie wrapped in a thin crepe covered with a triple threat of milk, dark and white chocolate. The chocolate smelled heavenly and tasted yummylicious. 


Melting


The last dish came plain, a huge difference from the first dish which is oozing with the rich chocolate syrup. We chose dip n' dip fondue indulgenceA variety of fruits, marshmallows, and patisseries sided with a hot creamy fondue.


So Refreshing 

There was one thing that we both agreed on though – that the chocolate syrup may have looked like an overkill but it was actually not as sweet as you suspect it to be. If you’re a chocolate enthusiast, I’d highly recommend a visit to Dip N Dip.


Mall of Dhahran, 
6864 Prince Faisal Bin Fahd Road, 
Doha Al Janubiyah, Dhahran 
34457, Saudi Arabia

Friday, 21 October 2016

Assalamualaikum,

Kali ni nak bercerita pasal musim sejuk di Arab Saudi. Ehh, jangan ingat Arab Saudi negara padang pasir iklim dia musim panas dan kering setahun ye. Arab Saudi pun ada musim sejuk, musim hujan gak tau...haha. Selalunya, musim sejuk ni (sejuk dan kering) bermula pertengahan Oktober hingga Mac, manakala musim panas bermula April hingga September. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. 


Tengahari pn boleh berkelah..sejuk ngat
Husband aku ckp, kalau peralihan musim ni mesti ada sandstorm yg agak kuat gak diikuti dengan hujan. Tu tanda2 la tu nak masuk musim sejuk or panas. Husband aku g keje siap ambik gambar tunjuk bukti sandstorm melanda Jubail. Wow, aku cam takut gak kan, haha. Husband aku ckp, keta terpaksa benti kt tepi jalan tu sbb nak bawak keta tak nampak jalan, tunggu bg reda sikit then baru boleh gerak. Angin kuat tu boleh dengar la bunyinya bila dalam rumah.. Aku nebes beb, takut runtuh bangunan bagai. Tgk tu imagination aku mcm mana? kahkahkah

Ni pun first time gak aku tgk hujan kt padang pasir ni. Punya la rindu kt hujan. So, kita kt Malaysia tu patut bersyukur ye bila hujan turun. Kt Saudi ni ko nak tgk hujan pun susah..siap buat solat hajat nak minta hujan turun.. bayangkan lah. 

Kalau di Jubail ni, musim sejuk agak ekstrem nak banding dengan Makkah dan Madinah, mungkin sebab kami dihujung Timur Arab Saudi. Pertukaran musim panas ke sejuk adalah pengalaman pertama kami di sini. Aku igt musim sejuk kat Jubail ni biasa2 je la, macam musim hujan kt Malaysia tu, sejuk gitu2 je la kan. haha Rupanya salah tanggapan aku, bapak sejuk oii, aircond ko mmg takkan buka la seharian. cuaca sejuk kt luar tu dah mcm aircond je bila dlm rumah. Bila musim panas aircond 24jam, ni dah terbalik pulak. Aku mmg tak tahan sejuk2 ni, awal2 tu pakai la baju 2 3 lapis nak panaskan badan. Sbb aku tak bawak sweater pn dtg sini.. bajet sejuk tak sejuk sgt la..haha. Tapi sampai satu tahap aku ajak husband aku g beli heater. Tak tahan dah tdo sejuk2 ni, tak lena aku dibuatnya. Kesihatan pun kena jaga time ni, dah start sakit tekak, selesema n demam.. so antibodi kena kuat masa ni.

Musim sejuk ramai lah org keluar rumah... bersiar2, berjemur di tepi pantai.. haha time musim panas ko jgn harap nak tgk org bersantai2 diluar, nan hado lah panas2 terik tuh. Tapi, musim sejuk mmg best, siap boleh berBBQ, Berkelah, pendek kata setiap outdoor activities mmg boleh buat pada musim ni. Maka ramailah org berebut2 tempat, spot yang best untuk chill bersama keluarga. Kami pn tak ketinggalan la melepak kt tepi pantai tu.. Cuaca nyaman mcm ni bkn selalu dapat, sesekali sronok jugak isi masa lapang. 

Nampak tak tengah chill tu. tak panas pun... gigih beli kerusi kt ikea nak duk tepi pantai.haha
Lagi cerita musim sejuk, selain Sandstorm tu WINTER SALE mmg rancak weh. Aku terpegun tgk mak2 arab shopping baju winter, diorg style kuar duit mcm air je...satu troli penuh baju winter je..haha. Pelik aku diorg ni, membazir tak agak2. Nama pun Sale, mmg la murah uolls. Kami laki bini pun rembat la jgk sweater 2 3 helai. Time ni la nak berangan.. Baju2 winter cantik2 belaka. WINTER BAZAAR pun ada uolls. Macam2 diorg jual, dari Jubah hingga ke rempah2 ratus.

Sekali sekala nak pakai cani, apa salahnya..hihi
Over tak iolss..haha 

Ada org tanya, winter di Saudi ada Salji ke? Hmm, mcm mana nak jawab eh. Kalo belajar sains dan geografi, mmg ada sesetengah tempat di Saudi pernah ada salji, contohnya di Tabuk. Salji akan turun la bila sejuk melampau + hujan skit2. Maka jadila salji... Janganla pikir macam2 lak, viral sana sini tanda kiamat apa la.. haishh




Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *