Showing posts with label Malaysia Festival. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Festival. Show all posts

Friday, 9 February 2018


Alhamdulillah, Kali ni boleh meraikan Malaysian Festival 2018 anjuran Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) sekali lagi. Tahun 2018 merupakan tahun kedua kami sekeluarga berjaya menikmati makanan-makanan enak yg dibeli di MFEST2018. haha

Around 9.00am kami dah terpacak di Sabic Beach Camp nak beratur nak membeli pelbagai juadah. Tgk menu-menu yang ada macam semua nak beli je rasa kalau ikut nafsu nak makan nih. Tapi, perlu lah menjadi pengguna dan pembeli yang bijak, masa yg ada kami buat 1st round dulu survey2 makanan dan minuman then 2nd round barulah start membeli. Ramai dh org waktu ni... macam biasa org beratur dekat nasi kerabu sgtlah ramai.

Beratur nak beli nasi kerabu...last2 we decide beli nasi lemak. hihi
Hadoi, tak larat la weolls nak beratur. We decide to buy Nasi lemak since dari minggu lepas dah ngidam nak makan nasi lemak. Lps tu cari tempat nak makan! haha. Ohh ye, time ni masih lagi dalam musim sejuk. Sgt selesa nak berkelah makan di bawah cahaya matahari. Seboleh-bolehnya mmg nak cari tempat yang boleh dapat cahaya matahari ni.. sbb tak tahan sejuk. At least ada haba yg boleh warm kn badan kita. 

Keluarga dekat belakang ni dari Filipina ye. Jgn igt org Melayu lak.. Setakat ni takde lglah org Malaysia tak pakai tudung di Saudi ni. Bersangka baiklah..hihi
Malaysian Festival bukan nak meraikan rakyat-rakyat Malaysia je, Warganegara lain pun boleh join merasai makanan dan budaya Malaysia.. Kami di sini ambil inisiatif sendiri untuk jemput rakan-rakan sekerja datang ke Festival ini bagi memeriahkan lagi suasana. Pelbagai gerai ada, antaranya roti canai, minuman, satay, mee kolok Sarawak, masakan India Malaysia dan macam2 lagilah. Sedia duit je nak beli..hehehe Banyak juga acara untuk anak-anak dan ibu bapa. Majlis mmg sampai ke petang. 

Air kt Malaysia bawak datang Jubail. Meriah macam pasar malam

Ayaq lioq meleleh uolls. Lama tak pekena pulut kuning!

Karipap cinta pun ada


Macam biasa KRMJ juga turut menjemput Kedutaan Malaysia di Riyadh untuk sama-sama memeriahkan Majlis. Malaysian Festival 2018 dirasmikan oleh Dato' Duta Malaysia. 
Dato' Duta Malaysia tengah bagi ucapan dan merasmikan MFEST 2018

Poster tahun lepas yg iolss menang tu. Ewahh

Seperti tahun-tahun lepas, hadiah cabutan bertuah mmg ditunggu2 oleh rakyat Malaysia di sini, termasuk kami sekeluarga. haha.. Kali ni takde dah pertandingan poster, sbb KRMJ re-used poster weolls menang tahun lps je...cuma ubah2 info je. Hadiah utama bagi cabutan bertuah adalah 
#1- Pakej Haji bernilai SAR12,000 utk seorang, 
#2- Pakej Umrah untuk 2 orang
#3- Tiket penerbangan utk 2 orang ke Madinah

Alhamdulillah, walaupun tak menang hadiah utama, husband i bertuah jugak... dapat juga hadiah cabutan bertuah lain. Itupun seronok tak terkata...haha bertuah sungguh haritu... hihi Nasib tak  menyebelahi iolss, hanya kurang satu nombor je nak dapat hadiah oven idaman, yang bernasib baik nombor 3098 nombor saya....3099. aduhhh igt tayah dah beli oven. kahkahkah

Cabutan bertuah pun dah dapat, Majlis pun dah habes, semua pun bertolak balik dengan bekal makanan... Tak sabar husband i nak bukak hadiah dia..haha pe benda la agaknya yg dapat. Last year menang poster dapat juice blender.



Tadaa!! Corelle tu... Alhamdulillah
Alhamdulillah, dapat set pinggan mangkuk brand Corelle.. Bila kami survey di pasaraya harga hampir SAR200... wow! byk juga tu..sekali lagi ALhamdulillah. Terima Kasih kepada semua warga Malaysia khususnya AJK KRMJ atas penganjuran Malaysian Festival 2018. U guys ROCK!

Saturday, 25 February 2017

Assalamualaikum,




Harini nak bercerita mengenai aktiviti di Jubail, Arab Saudi yang dianjurkan oleh Kelab Rakyat Malaysia di Jubail (KRMJ). Pada 24 Februari 2017, KRMJ telah mengadakan Malaysia Festival di Sadaf Beach Camp A&B. Maka ramailah rakyat-rakyat Malaysia yang berada di Jubail, Dammam, Khobar dan paling jauh di Riyadh pun datang ke sini untuk sama-sama memeriahkan majlis. Memang banyak aktiviti telah dirancang dan dijalankan sempena Malaysia Festival kali ini. Antaranya, aktiviti jualan di mana para isteri menunjukkan skill masakan dan berniaga. Macam-macam juadah ada dijual di sini. Sedikit sebanyak rindu aku terhadap masakan Malaysia dah terubat. Dekat sini boleh beli macam2, nak nasi dagang, mee goreng, karipap, pulut kuning, teh tarik, murtabak dan banyak lagi semua boleh beli di Malaysia Fest, tunggu sedia duit je. Boleh tahan la harganya.. 

Pagi2 lagi aku dan husband bersiap, semangat nak pegi takut makanan habes.hahah Org ckp, kalo pegi lambat, hi hi bye bye la jawabnya, mmg laku dan cepat habes makanan dijual. Yang tinggal sukaneka dan cabutan bertuah je la..haha. Untung kali ni Malaysia Fest masih dalam iklim sejuk. Alhamdulillah, bersesak ramai2 org ni takde la berpeluh bagai. Angin boleh tahan kuat jugak. Sampai2 kt Sadaf Beach Camp, mmg ramai betul org, kami pusing2 dulu tengok gerai yg jual. Pusingan ke-2 baru membeli. hehe 

Aku dah nampak nasi daging ayaq asam Utara..terliuq beb.. Dapat beli 1... husband aku nak makan nasi ayam katanya. Cari tempat duduk nak breakfast dlu.. sambil2 mata duk tgk org beratur dekat nasi kerabu. Panjang betul barisan.. Mungkin sedap agaknya. Ramai memborong 5-6 bekas.. aku dah aim nak mkn nasi kerabu lak pasni, tp sakit gakla nak beratur, tp serius laku gerai nih. Periuk pun bkn main besar lg.. harap sempat la membeli dan merasa. 

Nasi Daging Ayaq Asam..Kedah Mari

Nampak tu org beratur nak beli nasi kerabu

Selain makanan, sukaneka untuk anak2 dan bapak2 ada juga. Laki aku masuk timbang bola takraw..sapa timbang paling banyak menang la hadiah.. Tapi, semua tu org tak hirau sangat.. Yang paling semua org excited cabutan bertuah okeh.. Kami laki bini sanggup tunggu sampai habeh majlis, punya la nak dapat hadiah cabutan bertuah..hahahha Nampak tak semangat tu?

Dalam pukul 4ptg mcm tu, acara yg dinanti-nantikan ramai pn tiba. Semua berkumpul di perkarangan stage sambil mata duk jeling hadiah byk2 atas tu. Hahaha boleh tahan byk hadiah cabutan bertuah tu. Tapi yg plg syok harus hadiah no. 1-3. Semua org berharap sgt dgn hadiah2 nih. Sbb apa? Lumayan uolls,
No.1 - Pakej haji pada tahun 2017 utk seorang.  
No.2- Pakej Percutian 5D4N ke MOROCCO utk 2 orang. 
No.3 - Pakej Umrah untuk seorang.

Menarikkan hadiah utama ni? Semua org pandang hadiah ke MOROCCO tu je..hahaha Aku pn berharap la jgk, untung2 dpt g melancong..jimat duit.hihi 
Hadiah2 lain mcm biasalah, seperti cabutan bertuah yg slalu kita tgk.

Upacara Penyampaian Hadiah

Oh ya, sebelum umum hadiah cabutan bertuah, diorg umum pemenang bagi acara sukaneka, gerai tercantik dan pemenang poster Malaysia Festival terbaik. Alhamdulillah, kami suami isteri dapat tempat Pertama dan Kedua bagi pertandingan design poster. Haha. Tak sangka la boleh menang. Menurut AJK pemilihan, poster aku menepati tema dan sgt creative. So, diorg pilih poster aku sbg pemenang. Tp, husband aku la yg pegi ambik hadiah No. 1 tu.. sbb aku ltk nama dia utk poster terbaik tu.  aku ambik hadiah utk No 2. Padahal dua2 poster tu aku yg design. Hahaha
Nmpk tak poster kt atas sekali tu?? Tu la design yg menang no. 1.. cantik tak? Hihihi. Aku bangga jgk sbb poster2 tu la diorg buat backdrop kt stage dan iklan2 kt media sosial lain berkenaan Malaysia Fest ni. Tak dpt tunjuk bakat masak, tunjuk je la bakat kaler2 ni. Hahaha

Sebenarnya aku saja2 la nak masuk pertandingan ni, diorg open utk semua rakyat Malaysia  sebulan sebelum event berlangsung. Alang2 xde buat apa kt rumah, aku pn asah la bakat terpendam mendesign poster nih.  Korang boleh tgk Entry design poster di sini.    

Hadiah apa ktorg dpt? Dua2 hadiah tu adalah Juice Maker. Minum juice la kami tiap ari. Haha..Alhamdulillah

Hadiah Pertandingan Poster.
Hadiah cabutan bertuah tu tak dpt langsung pn, kiranya tak bertuah sgt la ktorg aritu. Kepada yg bertuah, tahniah.. Rezeki mereka. Dh selesai cabutan bertuah, majlis pn melabuhkan tirai.. Balik rumah, sambung makan lg.. haha



Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *