Thursday, 14 September 2017



Assalamualaikum.

We wish you a happy and blessed Eid ul-Adha. May Allah accept your good deeds.

Raya Haji kali ini kami sambut di Madinah, Arab Saudi sahaja (Sob,sob 😢). First time beraya tanpa ahli keluarga yang lain, sedih tu lain macam skit. Call parents pn takleh nak cakap lama, emosi tak stabil, haha.. Apatah lagi dgr suara abah yg sedih2 tu, hadoi berjujuran ayaq mata iolss dlm perjalanan tu. Konvoi 2 buah kereta dengan rakan Malaysia yg lain dan bermula lah perjalanan dari Jubail ke Madinah. Sampai Madinah dah nak masuk Maghrib, jalan mmg sgt sesak di Madinah ramai sgt org nak sambut raya di Madinah agaknya. Esoknya solat hari raya di Masjid Nabawi, Allahu mmg takleh nak solat kt dalam masjid, terpaksa solat di luar je, sbb ramainya manusia. Bukan sesak dgn jemaah haji, tapi org yg tak buat haji... Ramai tak terkata. Borak dgn pinoy sebelah masa abes solat, dia ckp kalini raya haji mmg ramai, tak mcm tahun2 sebelumnya. Dia pun agak terkejut jgk. Lps solat, we olls pun berangkat lah ke Madain Saleh yang agak jauh juga dari bandar Madinah, lebih kurang 3-4 jam perjalanan.

Sedikit Sejarah Ringkas Madain Saleh
Madain Saleh adalah sebuah kota bekas peninggalan umat Nabi Saleh, kaum Thamud di Al-Hijr. Pada tahun 2008, UNESCO's World Heritage Committee (WHC) bersetuju menyenaraikan Madain Saleh dalam World Heritage List (WHL). Oleh itu, Madain Saleh telah menjadi tapak arkeologi pertama di Arab Saudi yang disenaraikan dalam WHL. Madain Saleh is a Nabataen city which is hewed out of the rock, similar to the style of the famous PETRA which is located in Jordan. Mmg sama keadaan rupa bentuknya yg ada di Jordan tu.

Berdasarkan kisah di dalam al-Quran, ia dihuni oleh Kaum Tsamud yang terkenal dengan kemahiran mengukir dan memahat batu. Seperti Petra, kota itu dibangun dengan memahat gunung batu sehingga disebut al-Hijr. Kaum Tsamud yang mendiami al-Hijr diazab oleh Allah SWT dengan satu suara keras yang menggelegar hingga mati bergelimpangan di rumah-rumah mereka. Sebabnya, adalah kerana menolak seruan Nabi Saleh yang mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala. 

Peristiwa ini diabadikan Al-Quran dalam Surat Al A’raf. “Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih.” “Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.” (QS: Al A’raf [7]: 73-74)

Allah berfirman: “Dan demi sesungguhnya penduduk ‘al-Hijr’ (Mada’in Salih) telah mendustakan para Rasul. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (daripada sesuatu bahaya). Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun,” (al-Hijr [15:80-84]).

Adab ketika melawat Tempat-Tempat yang pernah ditimpakan azab oleh Allah SWT. 

Saya masih ingat ceramah daripada seorang ustaz bahawa, sesiapa yang memasuki kawasan atau tempat yang pernah dilaknat dan diazab oleh Allah SWT hendaklah dalam keadaan menginsafi diri dan bukanlah dalam keadaan seronok, kagum dengan peninggalan umat terdahulu yang tidak mentaati perintah Allah.

Sabda Rasulullah SAW: “Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” - Sahih Bukhari dan Muslim. 

Mengapa perlu menangis ketika melalui tempat sebegini? Tangisan biasanya muncul ketika sedih, takut atau gembira. Arahan Nabi dalam hadis tersebut ada makna tersirat yang wajib difahami iaitu perlu berfikir dan mengambil pengajaran daripada musibah yang menimpa kaum tersebut. 


Memasuki Madain Saleh

Nak masuk Madain Saleh boleh bawak kereta sendiri atau menggunakan tour yang disediakan. Tapi nak beratur ikut tour tu jenuh jgk nak menunggu turn. So, cara lain adalah bawa masuk kereta sendiri je. Jalan masuk untuk melawat tiada masalah pun, elok je jalan dia.. lagipun jarak untuk tgk setiap senibina atau peninggalan Kaum Tsamud tu agak jauh skit. Berbaloi lah naik kereta sendiri, nak berenti lama mana pun ok je.

Pemandangan sekitar Madain Saleh
bukit dan gunung dipahat oleh Kaum Tsamud untuk dijadikan rumah atau tempat berhala/kuil
Kaum Tsamud ni mmg terkenal dengan kelebihan memahat batu, mengukir berhala bagai. Tak terbayang dek fikiran mereka boleh membina rumah dari gunung atau bukit batu mcm dalam gambar atas tu sebagai tempat tinggal mereka. Kalau masuk di dalam, diorg siap buat bilik2 lagi. Sekali tgk mcm diorg plaster dinding pun ada sbb licin sgt kejadiannya. Semua rumah2 ni dipahat tinggi2. Kena memanjat jugaklah nak masuk ke dalam.

Ada juga kubur2 lama di dalam rumah-rumah tu. Mula-mula tu iolls tertanya-tanya juga pe benda lubang petak dalam 4-5 lubang (macam saiz kubur) kt dalam rumah tu. Then husband ckp, kubur ni.... hadoi, seram jugak I, terus lari keluar...hahaha

besar sangat rumah2 kaum tsamud ni ukir
Tgklah mereka ukir dan pahat bukit sebesar tu 

Kegentaran hati melihat kesan kemusnahan mereka boleh mendatangkan tangisan keinsafan. Ia yang timbul setelah melihat kesan sejarah dengan mata kepala pastinya lebih membekas pada jiwa, bak kata pepatah Inggeris “seeing is believing.” 

Kami sekeluarga telah membincangkan perkara ini dan niat kami ke sana adalah kerana tempat ini ada disebut dalam Al Quran dan melawat ke sini adalah sebagai mengingati kekuasaan Allah SWT, merenungkan akhir perjalanan orang-orang terdahulu dengan mengambil pelajaran dan peringatan agar kita tidak mengingkari segala perintahNya. Ini disamping kemestian kita untuk sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT walau di mana pun kami berada, seperti ketika kita melihat keindahan ciptaanNya setiap hari. Semoga Allah SWT mengampunkan kami jika kami telah melakukan kesalahan.


Mudahnya, sejarah umat lampau wajib diambil iktibar. Jika mereka soleh gemilang maka rahsia mereka wajib dihadamkan dan diubah suai mengikut situasi zaman. Jika mereka jahat dan hina maka sikap mereka wajib dijauhi. 
Ambil peluang ziarah itu untuk mengukuhkan jiwa dan iman kepada kebenaran agama Allah.
Pergilah melancong! Ia mampu membuka mata hati dan menjadi bank pahala jika diisi dengan pengisian yang betul. InsyaAllah...

Wassalam
LocationAl Madinah Region, Al-Hejaz, Saudi Arabia
Inscription2008 (32nd Session)


Drive up ATM machine? In Saudi Arabia? Really? That is my reaction when I heard it from my husband. Igt McD, KFC je ada drive thru, ATM pn ada lah..hahaha

Biasalah jakun skit, kat Malaysia mcm tak pernah jumpa lak Drive up ATM. Drive up ATM ni available everywhere in Saudi. Pada pendapat aku, agak convenient jgk cara ni, memudahkan pengguna terutamanya.

Why Malaysia tak ada drive up ATM ni? Kenapa kt Arab Saudi bank diorg bleh buat pulak? Meh kita bincang.. ewah

1. Safety/Keselamatanh
Bukan aku nak ckp kt Arab Saudi sume baik2, tak ada pencuri.. Tapi, kat sini mungkin kurang berlaku perkara2 tersebut, kalau ada pun sebilangan kecil shj.. (banyak penipu je..kahkahkah). Maklumla, hukuman mencuri berat kat Saudi niAgaknya nak mencuri pun takut. So, you can stay in the safety of your car whilst getting cash out of the machine. Di Malaysia, sedangkan di ATM kiosk biasa pun boleh dirompak, ni pulak drive up ATM. Kegiatan merompak di ATM di selalu sgt kita dengar kt Malaysia. Lagi sekali nak highlight, bukan semua org Malaysia keje mencuri/merompak.. sebilangan shj dgn faktor ekonomi kita skrg, benda2 mcm ni byk berlaku. Kalau bank kt Malaysia buat ATM drive thru nih, tak ke sng nak merompak? Bila duit keluar je, terus sambar, yg ko plak, terkial2 nak bukak pintu kereta nak kejar.. nak pulak sempit nak keluar kereta sbb parking dekat sgt gn ATM drive thru tuh..kahkahkah. just my 2 cents.

2. Kids/Children
Bila ada drive up  ATM, parents tak perlu la nak bwk anak2 sekali nak keluarkan duit.. ko bayangkan, org Arab ni meriah keluarga diorg.. anak 5 6 org kecik2 bwk join skali kuar duit.. macam2 perangai ada, so agak menyusahkan parents jgk. dah ada ni, you don't need to leave your kids in the car while running to the ATM. Di Malaysia, keluarga tak berapa besar sgt, so setakat dukung anak srg kuar duit tak ada masalah.. Just my 2 cents.

3. Simply Drive in and Drive Out
Org Arab ni perangai nak cepat je..aku tatau la apa yg diorg terkejar sgt. Sbb tu bwk kete laju kemain lg. Bila dah ada drive up ATM ni, tayah nak cari parking bagai. Jimat masa dan tenaga. Drive up ATM pun banyak, tak ambik masa lama pun nak keluar duit. Tak perlu beratur panjang dan potong barisan (ko igt takde?). Tak perlu parking dan block kereta org..hahaha Orang Saudi ni suka sgt block2 kereta org kalo dia cr parking tak jumpa. Kalau dia ada tinggal nombor nasib baiklah, kalau jenis tak ada kesedaran sivik.. menangis lah ko! hahaha

4. Cuaca/Weather
Di Arab Saudi ni panas sangat.. sampai boleh cecah 50 degree... Bila nak keluar kereta tu membahang sgt rasa. berpeluh walau sekejap je jln kt luar.. bila dan masuk kereta peluh pun ambik masa nak kering.. oleh sebab itu, drive up atm machine mcm membantu kami2 di saudi ni menangani cuaca kt sini. hulur tangan, tekan2 no pin skit, ambik duit, masuk gear dan gerak.. peluh kat tangan pun xsempat nak keluar..kahkahkah. Malaysia apa ada hal, panas pun  tak tinggi. Bagus cuaca di Malaysia, so jgn nak komplen2 panas.. ucaplah Alhamdulillah.. hihi

Ini adalah personal opinion sahaja... melalui pengalaman diri sendiri. Jangan nak kecam tak tentu hala pulak.. hahaha

Nampak tu, tgh tgk baki duit..hahaha


Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *