Friday, 29 April 2016

Hari sampai haritu aku dah beli Mobily simcard dan subscribe WhatsApp pakej. Malangnya, xleh gak guna WhatsApp. Susah xde WhatsApp ni sbb susah nak contact wife dan parent kat Malaysia.

Aku pun minta tolong sahabat Malaysia (Shafiq) yang ada di Jubail ini utk aku beli Internet Pakej menggunakan Iqama dia. Aku xde Iqama lagi. Xde Iqama apa2 pun tak boleh. So, Iqama ini key utk semua aktiviti dan transaksi.

Antara Telco Provider di Saudi


Berdasarkan kajian yg aku buat pakej paling murah adalah STC. Sbb STC ada unlimited internet usage utk 3 bulan hanya SR300 maknanya jatuh SR100/ bulan shj. Berbanding dgn Mobily dan Zain, jauh beza murah STC. Tgk perbezaan antara semua Telco:

STC



Mobily




Zain


Aku pun ambil keputusan ambil STC internet sbb murah dan coverage yg lebih luas. Aku beli MyFi device + simcard data SR650 shj termasuk 3 bulan unlimited data. Berbaloi2...




Tiga bulan lagi kalau dah habis ni pun recharge sama gak SR300 utk 3 bulan unlimited data. Tgk detail recharge data STC kt bwh ni:


See ya...

Saturday, 23 April 2016

Bila baru sampai atau akan ke sini kita akan terbayangkan makanan di sini dan harganya. Makanan di Saudi sangat boleh diterima oleh kita orang Malaysia. Cuma takde la sambal belacan, tempoyak dan budu. Majoriti makanan di Saudi adalah makanan arab, india dan pakistan. Sebab mereka adalah majoriti masyarakat di Saudi.

Mlm ni alangkah bertuahnya bro Yaakob ajak aku makan roti canai dkt Restoran Mangalore Jubail Center. Dah 1 mggu tak rasa roti canai mamak, dapatlah rasa kat Jubail ni.

Kari Kambing

Roti Canai Jubail

Di Saudi kita boleh dapat makanan juga restoran makanan Malaysia di Khobar, Riyadh, Jeddah, Mekah dan Madinah. Di bandar lain boleh katakan takde restoran makanan Malaysia. Yang takde kena biasakanlah makan makanan arab dan lain-lain.

Harga makanan di Saudi boleh katakan sedikit mahal tetapi bahagiannya sangat banyak. Mandy chicken dalam SR15 tapi boleh makan 2 orang atau 2 kali seorang makan. Broasted chicken dalam SR13 sahaja di sekitar Jubail. Shawarma pula dalam lingkungan SR4-SR10. Nasi beriani ayam dalam SR15-SR20.

Dari segi bahan mentah sedikit mahal untuk ayam dan sayur. Sebab kebanyakannya di bawa masuk dari negara jiran. Berikut antara harga makanan di Saudi:

1. Ayam mentah dalam SR10-SR20 untuk berat dalam 700g-1.5kg
2. Telur ayam 1 papan SR10-20
3. Capsicum hijau SR5-10 /kg
4. Kobis SR10-18 /kg
5. Epal merah SR8-20 /kg
6. Lobak SR8-15 /kg
7. Tomato SR8-15 /kg
8. Sos tomato SR4-8
9. Kicap ABC manis SR12-15
10. Mamee mee segera SR5-7 untuk 5 pek.

Munchys Lexus SR11.75

Pisau kecil SR21.00

Resit Hyperpanda (Boleh tengok harga barang lain)


Keseluruhannya harga di Saudi sedikit mahal berbanding di Malaysia. Tapi takla terlampau mahal sampai tak mampu nak beli. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera

Friday, 22 April 2016

Hari ni aku kena cari rumah@bilik sewa. Sbb tak lama lagi tamatlah tempoh temporary accommodation yg company provide. Memandangkan lesen pun xde, aku takde pilihan kena la jalan kaki. Hahahaha... Jauh beb.. Kalau kat Malaysia rasanya tak pernah jauh macam ni jalan kaki. Dugaan... Jarak dari hotel aku nak ke rumah sewa ni 3.2km (39min jalan kaki). Inilah cabaran merantau di negara org. Tgk peta bawah ni:


Tapi aku mengelat skit la. Aku jalan separuh sebelum Solat Jumaat separuh lagi lepas solat. Tak la rasa penat sgt. 1st time dgr khutbah bahasa arab sepenuhnya secara live. Aku solat di Masjid Almeqdad Bin Alaswad dekat2 dgn Al Jabal Road, Jubail, Saudi Arabia.

Ini lah bilik sewa aku untuk 3bulan akan datang sebelum dapat Iqama, lesen dan kereta untuk cari rumah utk family aku nanti:





Aku target lepas raya puasa nak bwk wife. Hrp2 dimakbulkanlah. Amin Ya Allah..Kalau tak sempat raya puasa jawabnya raya haji nanti la. Kalau raya puasa maknanya aku berjaya bawa dalam masa 3 bulan lps aku sampai la klu raya puasa dalam 5 bulan. Itulah gambaran jangkamasa korg berjauhan dgn family nanti sampai dapat family visa. InshaAllah.

Sunday, 17 April 2016

Alhamdulillah dah sampai di Jubail, Arab Saudi.

Berlepas dari KLIA tadi pukul 9.30pagi dengan Qatar Airways. Ramai yg datang menghantar ke KLIA. Terima kasih semua. I love you all... Inilah flight aku ke Doha:


Ini menu dalam flight, bihun ayam, roti, macaroni. Sedap gak... Alhamdulillah kenyang.


Sampai di Doha lbh krg pkul12tgh hari (Qatar time) utk transit ke Dammam lak jam 2.45ptg (Qatar time). Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari KLIA, dalam flight sampailah di Saudi Imigresen dkt King Fahd International Airport (Dammam).

King Fahd International Airport (Dammam)

Tips untuk korang dapat clearance cepat di King Fahd International Airport (Dammam) korang kena beratur line 2@3 dari kiri untuk first timer nak masuk Saudi. Sbb biasanya org akan masuk line tengah2. Panjang yang amat dahsyat. Kalau silap gaya mau sampai 2-3jam baru boleh lepas. Alhamdulillah sy lebih kurang 45min dah lepas imigresen ni. Kalau lama pun sabarlah, dugaan semua tu.

*So ingat, sampai kat imigresen King Fahd International Airport (Dammam) ambik line ke 2@3 dari kiri. Kiri tau kan belah mana? Jgn tertukar lak kiri dengan kanan.

Kat airport company aku provide transport untuk ke Jubail. Jarak Jubail ke Dammam dalam 80km (1jam). Tgk maps bawah ni utk rujukan:



Yg ambik aku haritu Bangladeshi dah 8tahun duk saudi. Boleh cakap arab dah sikit. Dia ambik aku dan hantar ke Golden Tulip Hotel, Jubail untuk temporary accommodation. Sampai kat hotel dah dekat pukul5lbh. Ni lah hotel aku:







Cantik kan? See ya....

Thursday, 7 April 2016

The husband wrote: 

After came back from Korea trip. I have to submit my original passport for visa approval from Saudi Embassy. Received approval visa from YHA Travel on 4th April 2016. Since the visa has been stamped, I need to proposed travel date to the recruitment agency. 

Proposed travel date: 14th April 2016.
Confirmation travel date: 17th April 2016

Based on my offer letter received before, I have to reporting in Yanbu but, my flight itinerary stated I'll be arriving in Dammam Airport which is company headquarters located.  After re-confirm with the agency, she said that I have to submit all the document required with HR at the HQ before travelling to Yanbu.

Well, I have only 10 days left to packing my stuff. ''phew, neves gak nih.''


Tak sabar nak jumpa kwn2 saya..hihi

Saudi Arabia see you on 17th April 2016! .hehe

Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *