Assalamualaikum,
Our wishes finally coming true!
Alhamdulillah, kami dijemput ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah buat kali pertama. Saya percaya kebanyakkan kita sudah sampai ke Mekah sama ada untuk menunaikan ibadah Umrah mahupun Haji. Buat mereka yang belum berkesempatan, InsyaAllah, satu hari nanti anda pasti dapat menjejakkan kaki ke sana. Amin.
I have many experiences and many stories from the trip to recollect, but I will try to share of the most meaningful moments.
23 September 2016 merupakan Hari Kebangsaan bagi Arab Saudi dan jatuh pada hari jumaat.
Kami suami isteri bersepakat untuk menunaikan Ibadah Umrah pada hujung minggu tersebut. Jarak dari Jubail ke Makkah adalah lebih kurang 1300km. Memang jauh perjalanan untuk kesana. Persediaan fizikal dan mental adalah amat perlu terutama bagi suami yang akan jadi driver nanti. Kalau isteri boleh drive, takde hal la boleh tukar2 driver. Tapi, kt Arab Saudi ni org pompuan takleh drive ye.
Sebelum nak pegi tu, kena la buat persediaan cari info2 pasal umrah. Rukun2 umrah, syarat sah umrah bagai. Nasib sebelum datang sini, Mak ada bagi buku pasal Umrah dan Haji. Belajar daripada buku dan ceramah2 ustaz di youtube sahaja. Umrah tak susah pun sebenarnya, tak perlu bagi alasan "tak cukup ilmu lagi"..etc.
Perjalanan pun bermula selepas suami habes keje pada khamis 22/9/16. Bini dia sibok buat sandwich bagai..haha bekal katanya. Jauh perjalanan, berehat pn ada la 4 5 6 kali, nak pegi tandas la nak isi minyak la. Sunyi je jalan malam2, tapi xdela rasa takut org jahat ke apa. cuma takut kalo keta break down je..hahaha sapa nak tolong oiii malam2 buta jalan sunyi.. padang pasir je keliling.
At last sampai gak Al Sail Al Kabir. Dekat sini la tempat nak bermiqat. Sebelum tu cari dulu motel2 murah untuk rehat, mandi sunat ihram, nak pakai ihram semua tu. Suami ckp tdo sekejap dalam 1 jam, penat n ngantuk katanya... Motel2 kat area tu semua murah2 je. Ada juga tempat untuk beli2 barang Umrah, in case tertinggal kain ihram ke, boleh je beli kt area2 sini. Dh siap mandi and pakai ihram semua, kena cari Miqat Qarn Al-Manazil, Masjid untuk solat sunat ihram iaitu solat sunat selepas pakai ihram. Kat sini jugak ada bilik mandi kalau rasa tak mau sewa motel, bolehla bersihkan diri kt masjid ni. Sini pn ada jugak org2 jual peralatan umrah/haji. Banyak kedai2 tepi masjid ni.
Dh siap, Naik keta dan niat umrah, bermulalah larangan2 Umrah yang wajib kita patuhi. Sepanjang perjalanan menuju ke Makkah bertalbiah la
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Ertinya: Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Allah... Sebak beb time ni, aku takleh nak gambarkan macam mana. Allah bagi kami suami isteri peluang menunaikan Ibadah Umrah ni, Aku bersyukur sangat dengan rezeki ni. Sampai di Al Haram, cari parking. Kalu ikutkan parking mmg jauh, kena naik teksi lak ke hotel. Hotel kami depan Masjidil Haram je. Alhamdulillah, booking.com ada murah, rezeki nak dpt hotel berdepan Masjidil Haram. Husband aku selamba parking kt tempat construction tepi hotel tuh..haha. Mula2 guard tu tak bagi, sbbnya tu untuk pekerja dia je. Husband aku buat muka kesian, last2 dia bagi gak. Kebetulan ada polis tu nak kuar keta dia, dia suh husband aku parking tempat dia. Aku cuak gak la sebab "polis" kan, takut kena marah.. hahaha Then Kami terus pegi Masjid. Benda pertama aku cari haruslah Kaabah. Selama ni tgk dalam tv je, MasyaAllah tak tergambar perasaan aku bila kali pertama tgk kaabah dari pintu masjid. Allah.... inilah kiblat aku, kiblat umat Islam. It is difficult to describe the exact feelings that one has when facing the house of their God, only someone who has been there will be able to understand exactly what I mean. Pergilah tunai Umrah/Haji, Simpanlah segala alasan kita, saya yakin kawan2 sy sudah mampu untuk melangkah ke sini.
Maaf, tak ada gambar2 dalam atau pun luar masjid. Husband aku siap remind aku sebelum datang sini, kat Makkah kita bukan nak dtg ambil gambar, nak selfie bagai. Jangan nak ikut2 org sgt buat benda melalaikan tu. Motif nak berselfie tu untuk apa?Fokus buat ibadat je. Kena setepek..kahkahkah
So, bermula la ibadah Umrah kami suami isteri, di kawasan tawaf mmg ramai org. so berhati-hatilah jangan tolak org, jaga aurat kita terutamanya perempuan. Buat slow2, InsyaAllah dipermudahkan. Macam tu gak Saei. Kalau rasa penat, benti sekejap kt station2 air zam zam. Minumla untuk hilangkan dahaga dulu , kemudian sambung lah tawaf@Saie. Alhamdulillah, kami suami isteri berjaya menyempurnakan Ibadah Umrah dalam 3 jam lebih krg (termasuklah berhenti solat).
Balik hotel, mandi, rehat sekejap dan turun semula untuk solat sunat, solat fardhu dan sebagainya. Kt Makkah ada restoran Malaysia D'Saji namanya. bolehla la nak lepaskan rindu makan makanan Malaysia. Esoknya lepas Tawaf Wida', iaitu tawaf selamat tinggal, kami singgah ke Madinah untuk solat Asar. Then pulang ke Jubail semula, tempuh lagi perjalanan 15 Jam..fuhh.
Next entry, saya cite pulak pengalaman di Madinah.
No comments:
Post a Comment
Language and Manners: Comments which include offensive or inappropriate language, or considered by the blog owner to be rude and offensive, will be deleted. In the interest of fair play, no personal attacks are permitted in this blog's comments. You may question or argue the content, but not attack the blogger, nor any other commentators. Failure to respect fellow participants on this blog could result in removal and blocked access. Let's enjoy a personal and evocative conservation!