Assalamualaikum,
Harini nak bercerita mengenai aktiviti di Jubail, Arab Saudi yang dianjurkan oleh Kelab Rakyat Malaysia di Jubail (KRMJ). Pada 24 Februari 2017, KRMJ telah mengadakan Malaysia Festival di Sadaf Beach Camp A&B. Maka ramailah rakyat-rakyat Malaysia yang berada di Jubail, Dammam, Khobar dan paling jauh di Riyadh pun datang ke sini untuk sama-sama memeriahkan majlis. Memang banyak aktiviti telah dirancang dan dijalankan sempena Malaysia Festival kali ini. Antaranya, aktiviti jualan di mana para isteri menunjukkan skill masakan dan berniaga. Macam-macam juadah ada dijual di sini. Sedikit sebanyak rindu aku terhadap masakan Malaysia dah terubat. Dekat sini boleh beli macam2, nak nasi dagang, mee goreng, karipap, pulut kuning, teh tarik, murtabak dan banyak lagi semua boleh beli di Malaysia Fest, tunggu sedia duit je. Boleh tahan la harganya..
Pagi2 lagi aku dan husband bersiap, semangat nak pegi takut makanan habes.hahah Org ckp, kalo pegi lambat, hi hi bye bye la jawabnya, mmg laku dan cepat habes makanan dijual. Yang tinggal sukaneka dan cabutan bertuah je la..haha. Untung kali ni Malaysia Fest masih dalam iklim sejuk. Alhamdulillah, bersesak ramai2 org ni takde la berpeluh bagai. Angin boleh tahan kuat jugak. Sampai2 kt Sadaf Beach Camp, mmg ramai betul org, kami pusing2 dulu tengok gerai yg jual. Pusingan ke-2 baru membeli. hehe
Aku dah nampak nasi daging ayaq asam Utara..terliuq beb.. Dapat beli 1... husband aku nak makan nasi ayam katanya. Cari tempat duduk nak breakfast dlu.. sambil2 mata duk tgk org beratur dekat nasi kerabu. Panjang betul barisan.. Mungkin sedap agaknya. Ramai memborong 5-6 bekas.. aku dah aim nak mkn nasi kerabu lak pasni, tp sakit gakla nak beratur, tp serius laku gerai nih. Periuk pun bkn main besar lg.. harap sempat la membeli dan merasa.
Nasi Daging Ayaq Asam..Kedah Mari |
Nampak tu org beratur nak beli nasi kerabu |
Selain makanan, sukaneka untuk anak2 dan bapak2 ada juga. Laki aku masuk timbang bola takraw..sapa timbang paling banyak menang la hadiah.. Tapi, semua tu org tak hirau sangat.. Yang paling semua org excited cabutan bertuah okeh.. Kami laki bini sanggup tunggu sampai habeh majlis, punya la nak dapat hadiah cabutan bertuah..hahahha Nampak tak semangat tu?
Dalam pukul 4ptg mcm tu, acara yg dinanti-nantikan ramai pn tiba. Semua berkumpul di perkarangan stage sambil mata duk jeling hadiah byk2 atas tu. Hahaha boleh tahan byk hadiah cabutan bertuah tu. Tapi yg plg syok harus hadiah no. 1-3. Semua org berharap sgt dgn hadiah2 nih. Sbb apa? Lumayan uolls,
No.1 - Pakej haji pada tahun 2017 utk seorang.
No.1 - Pakej haji pada tahun 2017 utk seorang.
No.2- Pakej Percutian 5D4N ke MOROCCO utk 2 orang.
No.3 - Pakej Umrah untuk seorang.
Menarikkan hadiah utama ni? Semua org pandang hadiah ke MOROCCO tu je..hahaha Aku pn berharap la jgk, untung2 dpt g melancong..jimat duit.hihi
Oh ya, sebelum umum hadiah cabutan bertuah, diorg umum pemenang bagi acara sukaneka, gerai tercantik dan pemenang poster Malaysia Festival terbaik. Alhamdulillah, kami suami isteri dapat tempat Pertama dan Kedua bagi pertandingan design poster. Haha. Tak sangka la boleh menang. Menurut AJK pemilihan, poster aku menepati tema dan sgt creative. So, diorg pilih poster aku sbg pemenang. Tp, husband aku la yg pegi ambik hadiah No. 1 tu.. sbb aku ltk nama dia utk poster terbaik tu. aku ambik hadiah utk No 2. Padahal dua2 poster tu aku yg design. Hahaha
Nmpk tak poster kt atas sekali tu?? Tu la design yg menang no. 1.. cantik tak? Hihihi. Aku bangga jgk sbb poster2 tu la diorg buat backdrop kt stage dan iklan2 kt media sosial lain berkenaan Malaysia Fest ni. Tak dpt tunjuk bakat masak, tunjuk je la bakat kaler2 ni. Hahaha
Sebenarnya aku saja2 la nak masuk pertandingan ni, diorg open utk semua rakyat Malaysia sebulan sebelum event berlangsung. Alang2 xde buat apa kt rumah, aku pn asah la bakat terpendam mendesign poster nih. Korang boleh tgk Entry design poster di sini.
Hadiah Pertandingan Poster. |
No comments:
Post a Comment
Language and Manners: Comments which include offensive or inappropriate language, or considered by the blog owner to be rude and offensive, will be deleted. In the interest of fair play, no personal attacks are permitted in this blog's comments. You may question or argue the content, but not attack the blogger, nor any other commentators. Failure to respect fellow participants on this blog could result in removal and blocked access. Let's enjoy a personal and evocative conservation!