Sunday, 4 March 2018


Assalamualaikum.

Last weekend kami sekeluarga ke Kota Mekah untuk mengerjakan Umrah untuk kali yang...... maaf dh tak igt ke berapa kali. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk perform umrah kali ini. Biasanya bagi mereka yg tinggal di Arab Saudi, selalu akan buat umrah pada hujung minggu, dalam tempoh masa yg agak singkat juga berbanding mereka yang mengikuti pakej umrah seperti di Malaysia iaitu selama 10 hari. Kami bertolak dari Jubail pada hari Khamis, hari terakhir bekerja pada jam 7 petang selepas Maghrib. Perjalanan dari Jubail ke Mekah mengambil masa antara 13-15 jam. Sekarang ada selected highway yg dibenarkan memandu sehingga 140km/jam, mungkin masa perjalanan boleh disingkatkan berbanding had kelajuan 120km/jam sebelum ini. Memang sgt memenatkan, terutama bila hanya lelaki sahaja dibenarkan memandu di sini. Penumpang pun penat juga, dah tatau berapa kali dah tidur..hahaha

Sebelum sampai ke Taif, iaitu sebelum subuh..kami stop sekejap di tepi jalan, driver aka husband nak tidur. penat woi dari pukul 7.00 mlm hingga 3 pagi drive je. So, ambik masa lelap dalam 2 jam mcm tu. Kat sini tidur tepi highway atau pump station dh biasa dah. Mmg tidur nyenyak mcm atas katil, penat punya pasal. hihihi Lepas tu we all continue perjalanan dan berhenti solat subuh. Kami sampai di Taif untuk Miqat pada jam 9.15 pagi (Jumaat). Singgah dulu di Motel untuk bersihkan diri, rehat dan siap2 untuk pakai ihram. Di Taif iaitu sebelum sampai tempat Miqat ada banyak rumah2 istirehat, motel atau hotel boleh disewa mengikut jam. Ada pelbagai harga dan jenis bilik boleh anda pilih. Kami dikenakan caj SAR30/jam. Ada 2 bilik (1 bilik 3 katil & 1 bilik katil queen), small kitchen lengkap dengan mesin basuh, TV, Sofa dan yang penting tandas bersih (Ada 2 tandas).Tu wajib! Dah tak lalu dah iolls tgk toilet sepanjang perjalanan dari Jubail, hadoi boleh muntah hijau dibuatnya.Kahkahkah! 
tempat rehat sebelum Miqat. Affordable!
Dah siap mandi sunat ihram dan pakai ihram, kami teruskan perjalanan ke tempat Miqat iaitu di Miqat Qarn Al Manazil. Dalam 15 minit je dari tempat rehat kami. Bagi yg nak lg jimat, anda boleh terus je ke Miqat di sini untuk mandi dan pakai ihram seterusnya boleh solat sunat. Kat sini ada sedia bilik mandi untuk para jemaah. Yg pegi rombongan naik bas selalunya akan terus mandi dan salin pakaian ihram kat sini je. Ikut keselesaan masing-masing lah ye. 

Miqat Qarn Al Manazil
Dh selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Dari Taif ke Mekah mengambil masa dalam satu jam shj. Dalam kereta mulalah bertalbiah menuju ke rumah Allah. Waktu ni dalam pukul 10.30 pagi. Kami sampai di Mekah lebih kurang 11.30... Parking kereta di Kudai Parking dan ambil teksi untuk ke Hotel. Bayaran Teksi dar kudai parking ke Masjidil Haram dalam 15 riyal. Kalau korang kena more than that jgn lah ambil, cari  teksi lain je. Tak jauh mana pun nak ke masjid dan hotel2 sekitar situ, tapi disebabkan kereta takleh parking sesuka hati di area Masjidil Haram, kena jugalah parking di sini dan ambil teksi. Kami booked hotel thru booking.com. Niat nak cari hotel yg dekat dgn masjid, search punya search dptla hotel Al Seraya Al Eman SAR200/night. Jarak dalam 400-500m ke Masjidil Haram. Ok la tu dekat pn dekat. Nak lagi dekat 100m boleh je booking di Safwa Tower tu, budget hotel dalam 500++ riyal untuk 1 night. Macam tak berbaloi sgt bg kami sbb sekejap je pun stay kt situ dan byk masa habis di Masjid je. Ape salahnya jalan kaki lebih sikit kan untuk hotel yg jauh lg murah...hihi Dapat check-in awal dalam pukul 11.45pg, selalunya check-in pukul 4ptg! Alhamdulillah, staf hotel ckp org tak ramai time ni boleh la check-in awal. Then kami terus ke Masjid untuk solat Jumaat dulu then baru start buat Umrah. Biasalah org sgt ramai waktu solat Jumaat ni. 

Ramai sgt org time solat Jumaat


Dah selesai solat Jumaat, kami pun keluar dan cari pintu untuk ke laluan Kaabah. Ini disebabkan kerja-kerja pembesaran telaga zam-zam sedang dijalankan. Hanya jemaah yg berpakaian ihram sahaja dibenarkan masuk ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf. Wanita tak apa, bila-bila pun boleh masuk sbb baju ihram biasanya jubah dan telekung atau janji menutup aurat. Jemaah lelaki agak ketat sikit, yg mana bukan berpakaian ihram tidak dbenarkan langsung masuk ke kawasan dataran dekat Kaabah. Kalau nak buat tawaf sunat atau tawaf Wida'/Wada' yg lelaki pakailah kain ihram supaya boleh tawaf di dataran Kaabah, kalau tidak anda boleh la tawaf di tingkat 1 atau 2 Masjidil Haram. Memandangkan jam lebih kurang pukul 12 lebih, matahari pun dah betul2 atas kepala, tak ramai yg melakukan tawaf. Kami sekeluarga tawaf 7 pusingan ambil masa singkat sangat. Memang tawaf tak lama mcm sebelum ni. Orang pun tak bertolak-tolak sgt. Alhamdulillah. Kemudian sambung untuk buat Saei pulak. Lebih kurang pukul 2ptg selesai Umrah kami untuk kali ini. 

Berlari-lari anak diantara lampu hijau tu ketika saei'
Hilangkan dahaga minum air zam zam yg disediakan di sekitar tempat Saei'
Alhamdulillah selesai sudah Umrah, masa utk isi perut dulu.. dari Miqat tak mkn apa-apa lg. Target mestilah nak g restoran Malaysia D' Saji yg terletak di Safwa Clock Tower tu! Rindu nak makan masakan Malaysia. Ramai org tengah menjamu selera, tempat pun full semuanya. Kami makan nasi ayam, kari kambing.. Byk lauk dh abes katanya. Tp takpelah, dpt makan pun syukur sgt. Perut mmg dh lapar giler sampai lupa nak ambik gmbr makanan. haha Dh siap makan, tgk meja sebelah beli teh ais plak. Hadoi, teringin pulak iolls... kami pun beli jugak teh ais. Walaweh, nikmat dpt air sejuk. hahaha. Dh nak masuk waktu Asar, kami pun bergerak semula ke Masjid untuk menunaikan solat Asar. Seterusnya pulang ke hotel untuk mandi dan rehat sebelum kembali semula ke Masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Makan malam harus la beli ALBAIK. Mcm Kfc dan MCD tapi lagi sedap tau!. Korang patut try, sebab hanya ada di Mekah, Madinah, Taif dan Jeddah sahaja. Orang mmg ramai tak igt beratur nak beli Albaik!

sedap woo!
Esoknya iaitu hari Sabtu (Last day) selepas Solat Subuh, Kami terus ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf Wida'/Wada' atau Tawaf Selamat Tinggal. Ramai pulak org tawaf selepas subuh. Selesai tawaf kami cuba masuk ke Hijr Ismail, Sesak sgt org, bertolak-tolak bagai. dapat juga masuk dan berdoa di dalam Hijr Ismail.

Semoga dijemput lagi kesini.
Alhamdulillah. Selesai semuanya, kami bersiap-siap untuk bertolak balik ke Jubail. Sebelum tu singgah nak beli air zam-zam. Untuk makluman, bagi kami yg tinggal di sini, ada Iqama, mcm kad pengenalan jugaklah. Boleh terus ke kilang pengeluaran/pengedaran air zam zam untuk beli guna Iqama tersebut. Mcm jemaah Malaysia atau negara lain, mungkin pakej dah sediakan 1 botol air zam zam untuk di bawa balik.

Boleh google maps : KING ABDULLAH ZAM ZAM WATER DISTRIBUTION untuk ke tempat tersebut. Harus diingat, bagi pemegang iqama hanya dibenarkan untuk membeli 2 botol air zam zam 10 liter dengan harga SAR5 per botol. Kalau isteri anda under your iqama boleh belikan untuk isteri juga. So, air zam zam 10 liter x 4 botol. Air zam zam bukan boleh beli tiap hari. Ada limit uolls, tak silap saya selepas 15 hari baru boleh beli semula guna iqama yg sama. Bagi penduduk tempatan, tak ada had limit pun nak beli air zam zam. Sbb tu nmpk byk sgt dorg borong air zam zam. Untungnya...

Cara beli air zam zam guna Iqama:

  1. Dari kawasan parking, masuk pintu di sebelah kiri Pusat Pengedaran Air zam zam. Anda akan nampak ada bangunan disebelah kiri dan ada Sliding door hitam. Masuk ikut situ, untuk register Iqama (guna mesin kiosk) dan untuk buat bayaran di kaunter. 
  2. ATAU jika ramai orang, petugas akan minta anda terus ke kaunter yg ada palang-palang besi (macam gambar di bawah) untuk register dan buat bayaran. Igt ye, pemegang Iqama bukan warganegara Arab Saudi dilimitkan 2 botol per iqama sahaja. 

Kaunter  pendaftaran dan Bayaran

3. Anda akan diberikan resit yg ada maklumat seperti barcode dan nombor kaunter untuk ambil air zam zam. (contoh resit mcm di bawah). Bg yg tak pandai bahasa Arab. Apa yg anda perlu tgk adalah nombor kaunter untuk ambil air zam zam. Dalam kotak di resit tu ada tulis nombor DUA (2). Kaunter nombor 2 tulah patut dituju lepas buat bayaran. Jgn silap pulak, kalau pegi kaunter lain selain nombor ditulis dalam kotak tu..mmg air zam zam tak keluar ye... Scan barcode tak diterima kalau salah kaunter. hihi tgk betul2 nombor anda dapat.. sbb kt situ byk kaunter.

Tgk nombor dlm kotak di bawah tu. itu nombor kaunter utk ambil air zam zam
4. Ambil troli dan pegi terus ke tempat ambil air zam zam mengikut nombor seperti di tetapkan dalam resit tadi. Scan barcode yg ada diresit di mesin air zam zam. Dh siap scan, dia akan tulis 2 kt skrin..tu tanda 2 botol air zam zam akan anda terima. Kalau tulis 1, scan lagi skali.

kaunter-kaunter untuk ambil air zam zam

untuk kami, resit tulis nombor  2, so tujulah ke kaunter nombor 2

5. Dah dapat air zam-zam..boleh la balik...haha

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk menunaikan Umrah. InsyaAllah bulan Ramadhan dipertemukan lagi. Bagi anda di Malaysia yg sudah cukup kewangan silalah datang ke Mekah untuk menunaikan Umrah/Haji. DON'T SAVE HAJJ FOR OLD AGE! You don't know the date of your appointment with the angel of death....



Friday, 23 February 2018

Annyeong Haseyo or Hello everyone!

Today, I'd like to sit and sip, forget a little world a bit, ignore the things I have to do, and enjoy a cup  of coffee with my dearest husband 💗. Besides, it is Friday!

Well, I am not a coffee lover.. tapi, saje nak jalan2 hujung minggu ni. Dah lama tak pegi Dhahran Mall. Bukan nak shopping pun, ntah la takde apa aktiviti sgt nak buat kt rumah, ajaklah husband dating jap. Dulu time bercinta boleh dating, takkan dh kawin nak duk rumah je kot kan? hihi 

Located at Dhahran, the first outlet of Caffe Bene is right next to the Gate 10. Korean influence seems to grow stronger in Saudi Arabia. Now, I am here to check out its food menu! Similar to its franchises in Korea, Caffe Bene serves coffee made from the world's best seasonally harvested fresh coffee beans to ensure you enjoy a truly exceptional cup of coffee. Here it practices a order-and-pay-first concept, where diners can pick their favourites from the menu displayed on the wall at the counter. With its woodsy décor, ample sunlight, vines on the walls and cyan cushions, Caffe Bene is a cafe in a makeshift forest.
Santai je decor
The standard waiting time here is about 15-20 minutes, depending on the crowd. As soon as your food is ready, the rounded plate will light up and vibrate, indicating that you should head to the food collection counter.


Ni la benda bulat tu... well, ada VAT 5% (GST cm Malaysia gak) baru je mula baru-baru ni..hmm
We ordered Hot Latte, and 1 slice of Choco Peanut Butter Cake. The cake was too sweet (for me), tak rasa sgt pun peanut butter, more to caramel je. But, it just nice la dgn latte panas2 tu. Jangan bg anak-anak makan, nanti hyperactive lak terlebih gula. haha!


Hirup Hot Latte dgn makan cake di cuaca yg sejuk2 gitu.. nikmat
For me, suasana di Caffee Bene menarik jugak. I love the way they decor this place. Sgt cosy environment with vintage European style and décor dan boleh chit-chat lama2. Tak crowded sgt, tp customer lebih ramai and suka duduk kt open area dekat dgn kolam buatan di situ. Itupun bila musim dingin mcm skrg ni lah. So, susah sikit nak dapat tempat area situ. Musim panas berebut nak duduk dalam pulak. Begitulah keadaannya, macam-macam...hihi



FYI, selain teh, org Saudi suka minum kopi jgk... byk coffee shop kt mall, drive thru di sini. Semua nak sama je gn gn Mat Saleh. Kalau korang penah g Korea, keadaannya pun sama gak. Korean pun suka minum kopi. Budaya suka minum kopi dah di bawa oleh Amerika. hahahhaha

Boleh cuba datang dan rasa keenakan kopi di Caffee Bene ni.

Address: 

Caffee Bene Shop 
Mall of Dahran
No. E132A, Dhahran Street, Prince Faisal Bin Fahad Al Qishleh Intersection
Dhahran, 

Wassalam,

Friday, 9 February 2018


Alhamdulillah, Kali ni boleh meraikan Malaysian Festival 2018 anjuran Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) sekali lagi. Tahun 2018 merupakan tahun kedua kami sekeluarga berjaya menikmati makanan-makanan enak yg dibeli di MFEST2018. haha

Around 9.00am kami dah terpacak di Sabic Beach Camp nak beratur nak membeli pelbagai juadah. Tgk menu-menu yang ada macam semua nak beli je rasa kalau ikut nafsu nak makan nih. Tapi, perlu lah menjadi pengguna dan pembeli yang bijak, masa yg ada kami buat 1st round dulu survey2 makanan dan minuman then 2nd round barulah start membeli. Ramai dh org waktu ni... macam biasa org beratur dekat nasi kerabu sgtlah ramai.

Beratur nak beli nasi kerabu...last2 we decide beli nasi lemak. hihi
Hadoi, tak larat la weolls nak beratur. We decide to buy Nasi lemak since dari minggu lepas dah ngidam nak makan nasi lemak. Lps tu cari tempat nak makan! haha. Ohh ye, time ni masih lagi dalam musim sejuk. Sgt selesa nak berkelah makan di bawah cahaya matahari. Seboleh-bolehnya mmg nak cari tempat yang boleh dapat cahaya matahari ni.. sbb tak tahan sejuk. At least ada haba yg boleh warm kn badan kita. 

Keluarga dekat belakang ni dari Filipina ye. Jgn igt org Melayu lak.. Setakat ni takde lglah org Malaysia tak pakai tudung di Saudi ni. Bersangka baiklah..hihi
Malaysian Festival bukan nak meraikan rakyat-rakyat Malaysia je, Warganegara lain pun boleh join merasai makanan dan budaya Malaysia.. Kami di sini ambil inisiatif sendiri untuk jemput rakan-rakan sekerja datang ke Festival ini bagi memeriahkan lagi suasana. Pelbagai gerai ada, antaranya roti canai, minuman, satay, mee kolok Sarawak, masakan India Malaysia dan macam2 lagilah. Sedia duit je nak beli..hehehe Banyak juga acara untuk anak-anak dan ibu bapa. Majlis mmg sampai ke petang. 

Air kt Malaysia bawak datang Jubail. Meriah macam pasar malam

Ayaq lioq meleleh uolls. Lama tak pekena pulut kuning!

Karipap cinta pun ada


Macam biasa KRMJ juga turut menjemput Kedutaan Malaysia di Riyadh untuk sama-sama memeriahkan Majlis. Malaysian Festival 2018 dirasmikan oleh Dato' Duta Malaysia. 
Dato' Duta Malaysia tengah bagi ucapan dan merasmikan MFEST 2018

Poster tahun lepas yg iolss menang tu. Ewahh

Seperti tahun-tahun lepas, hadiah cabutan bertuah mmg ditunggu2 oleh rakyat Malaysia di sini, termasuk kami sekeluarga. haha.. Kali ni takde dah pertandingan poster, sbb KRMJ re-used poster weolls menang tahun lps je...cuma ubah2 info je. Hadiah utama bagi cabutan bertuah adalah 
#1- Pakej Haji bernilai SAR12,000 utk seorang, 
#2- Pakej Umrah untuk 2 orang
#3- Tiket penerbangan utk 2 orang ke Madinah

Alhamdulillah, walaupun tak menang hadiah utama, husband i bertuah jugak... dapat juga hadiah cabutan bertuah lain. Itupun seronok tak terkata...haha bertuah sungguh haritu... hihi Nasib tak  menyebelahi iolss, hanya kurang satu nombor je nak dapat hadiah oven idaman, yang bernasib baik nombor 3098 nombor saya....3099. aduhhh igt tayah dah beli oven. kahkahkah

Cabutan bertuah pun dah dapat, Majlis pun dah habes, semua pun bertolak balik dengan bekal makanan... Tak sabar husband i nak bukak hadiah dia..haha pe benda la agaknya yg dapat. Last year menang poster dapat juice blender.



Tadaa!! Corelle tu... Alhamdulillah
Alhamdulillah, dapat set pinggan mangkuk brand Corelle.. Bila kami survey di pasaraya harga hampir SAR200... wow! byk juga tu..sekali lagi ALhamdulillah. Terima Kasih kepada semua warga Malaysia khususnya AJK KRMJ atas penganjuran Malaysian Festival 2018. U guys ROCK!

Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *