Tuesday, 2 February 2016

Faktor Penting Sebelum Buat Keputusan Kerja Di Luar Negara / Crucial Criteria Before Decide To Work Oversea

Sekadar perkongsian FAKTOR atau aspek atau kriteria aku sebelum buat keputusan untuk kerja di luar negara. Lain orang mungkin ada kelainan dari segi keutamaannya (priority). Kriterianya adalah:


1. Gaji kalau setakat lebih 10%-50% dari gaji sekarang, baik tak payah. Paling kurang dapatkan 2 kali ganda dari gaji semasa di Malaysia. Itu pendapat aku lah. Sebab yang dapat kerja ini seorang shj. Pasangan anda mungkin kena berhenti kerja. Fikir-fikirkan. 

2. Gaji - bersih ke ada cukai. Kalau bebas cukai memang terbaik lah. Kalau ada cukai tengok pulak berapa gaji bersih selepas tolak cukai. Ada negara 30% cukai pendapatan bagi orang asing, ada sampai 40%, ada juga yang lebih tinggi lagi. Subhanallah... Kalau kurang dari situasi no.1 di atas baik tak payah. 2 kali ganda. Ingat tu!

3. Gaji - berapa target minimum saving? Sebab kat Malaysia korang ada KWSP. Caruman dan simpanan untuk hari tua. Majikan korang bayar caruman . Secara tak lgsung gaji korang lagi besar dari gaji pokok tu. Majikan kena contribute minimum 12% dari basic. Klu setakat dapat keje luar gaji mcm situasi no.1 gak baik tak payah. 2 kali ganda. Ingat tu!




4. Pakej (single@family) & Elaun2 lain (rumah, kereta, hardship, telefon, kelab rekreasi dll)

5. Tiket balik tahunan. Berapa kali dorang bagi utk 1thn? Berapa org boleh tanggung? Ada bagi duit poket balik bercuti tak?

6. Yuran sekolah anak. Berapa org yg ditanggung? Ada limit ke tak? Setakat mana yg ditanggung sampai universiti ke sampai sekolah tadika je.

7. Medical, hospitalization, dental ada optical gk lagi terbaik.

8. Lokasi negara tersebut. Sbb klu nak balik byr sendiri harga tiket mungkin mahal. Contoh: Kalau dapat yang dekat dgn capital city lebih bagus seban byk flight yg ada. Tapi kalau smaller city yg kena transit biasanya tiket mahal. 

Contoh: 
a. Jeddah-KLIA-Jeddah dlm SR1500/pax dah boleh dapat. 
Tapi kalau Dammam kena transit dulu. Jadi perjalanannya Dammam-transit-KLIA-transit-Dammam plg murah SR1900/pax tapi normal time dlm SR3000/pax. Raya beli last min mau smpai SR7000/pax.

b. Muscat-KLIA-Muscat dlm OR160/ pax senang2 boleh dapat. 
Tapi kalau Salalah kena transit dulu kat mana2 airport sebab takde direct flight ke KLIA. Jadi route nya Salalah-transit-KLIA-transit-Salalah yang paling murah dalam OR300/pax.









9. Job security. Berapa lama dorang bagi kontrak? 1thn? 2thn? Tetap? 

10. Pengalaman yang tak boleh dibeli dgn wang ringgit. Priceless.

English version:
Please use Google Translate Website then choose detect language to English. Thank you.

No comments:

Post a Comment

Language and Manners: Comments which include offensive or inappropriate language, or considered by the blog owner to be rude and offensive, will be deleted. In the interest of fair play, no personal attacks are permitted in this blog's comments. You may question or argue the content, but not attack the blogger, nor any other commentators. Failure to respect fellow participants on this blog could result in removal and blocked access. Let's enjoy a personal and evocative conservation!

Know us

Hi! We are Husband & Wife, creator of this website. We was born in Malaysia. We’ve been traveling the world since 2012 and created this website just to share our experience and memorable moment. We were never a big traveler.
It’s time to stop dreaming of travel, take that once in a lifetime trip, and start traveling cheaper, better, and smarter.

Followers

Contact us

Name

Email *

Message *